loading...

Thursday, 24 March 2022

‘Respect Girl Please..’ – Gara-gara Baling Tong Sampah, Wanita Dipukul Penonton

KIta diajar untuk bercakap bahasa yang sopan dan tidak meluahkan kata-kata kesat yang boleh mengundang kemarahan orang lain.

Namun begitu, segelintir orang lebih gemar menggunakan kata-kata kesat bagi meluahkan kemarahan yang dipendam.

Semalam tular di halaman Twitter, perkongsian seorang individu mengenai tindakan wanita yang membaling tong sampah ketika perlawanan bola sepak di satu lokasi yang dirahsiakan.

Berikut di bawah tweet tersebut:

Wanita hoodie pink membaling tong sampah

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berbaju pink sedang membaling tong sampah kepada seorang penyokong cofc.

Difahamkan, wanita ini berbuat demikian kerana tidak tahan mendengar ‘carutan’ yang keluar dari salah seorang penyokong berkenaan.

Padahal, lelaki itu langsung tidak menujukan kata-kata tersebut kepadanya.

Akibat tindakan wanita itu, lelaki tersebut tidak berpuas hati dan mengundang padah buat dirinya. Kelihatan beberapa individu lain cuba menyerang wanita itu.

Malahan, seorang lelaki berbaju hitam terpaksa campur tangan untuk menyelesaikan masalah itu. Penonton perempuan yang lain turut sama membantu wanita itu dari serangan lelaki lain.

Sumber – Twitter

“Perempuan dan emosi takkan berpisah”– Netizen.

Bagi anda yang sudah biasa menonton perlawanan bola sepak, pergaduhan di luar padang bola sudah menjadi hal biasa.

Namun begitu, melihat tindakan wanita itu yang sangat berani, membuatkan netizen berpendapat supaya jangan membawa teman wanita mereka ke perlawanan bola sepak.

“Haaa tula perempuan ni, takde bakat tengok bola tapi nak tengok bola, kan dah jadi macamtu. Sebaik kau dik, sikit lagi nak jadi mcm bola. Nak kena sepak2,” ujar seorang pengguna twitter.

“Bro your action show’s your parent’s attitude, respect girl please,” komen pengguna lain.

The post ‘Respect Girl Please..’ – Gara-gara Baling Tong Sampah, Wanita Dipukul Penonton appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...