loading...

Friday, 11 March 2022

“Bad Marketing Kak” – Pemilik Kedai Makan ‘Upload’ Video Marah Pekerja

Rate this post

Setiap hari anda menerima pelbagai tugas untuk disiapkan tetapi anda melakukan kesilapan. Pernakah anda dimarahi majikan di tempat umum? Jika ya, mesti anda sedikit malu untuk bersemuka dengan orang ramai.

Majikan seharusnya berbincang atau menegur secara baik, bukannya terus marah pekerja. Tindakan ini bukan hanya menjejaskan produktiviti pekerja, malah memburukkan nama syarikat.

Baru-baru ini, heboh di aplikasi TikTok mengenai tindakan majikan ini mendapat perhatian netizen:

Berikut di bawah video tersebut:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @halimatulsaadiahmuhamad1, wanita tersebut memarahi pekerjanya kerana pekerjanya tidak dapat memasak dengan betul.

Tindakan wanita ini yang merakam situasi memarahi pekerjanya dan memuatnaik video tersebut mendatangkan kesan buruk kepada dirinya.

“Buatlah betul-betul nanti customer bising kat aku…”

“Berapa kali nak ajar,” ujar wanita itu berleter memarahi pekerjanya.

Rata-rata netizen menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap wanita ini, kerana tindakannya boleh menjatuhkan air muka pekerja tersebut.

Malahan, mereka mengecam tindakannya yang menunjukkan caranya melayan pekerja menerusi media sosial. Wanita ini boleh berbincang atau berikan teguran kepada pekerjanya tetapi secara individu dan tertutup.

Suasana kerja yang sihat juga penting untuk memastikan seseorang pekerja itu boleh berjaya.

“Jgn la awak ingat awak tu boss, awak berhak malukan staff.tambah2 dpn org.kot ye staff salah tegur la baik2 ajak ckp di blkg tmpt xde org,” tulis netizen dalam ruangan komen.

Berikut antara komen dari netizen:

The post “Bad Marketing Kak” – Pemilik Kedai Makan ‘Upload’ Video Marah Pekerja appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...