Jaga seperti anak sendiri, itu merupakan satu keseronokan dan kepuasan jika kita berpeluang menjaga haiwan sejak kecil.
Bukan sahaja dapat menyemai rasa cinta dan sayang kepada makhluk tuhan yang lain, malah sikap bertanggungjawab juga boleh dipupuk dalam diri pemiliknya selagi dia melihatnya tumbesaran haiwan peliharaan di depan mata.
Beli anak ayam pink dari pasar malam, jinak & bela sampai dah besar
Samalah juga seperti kisah seorang wanita dari Indonesia yang menjadi tular di aplikasi TikTok baru-baru ini. Terdahulu, @liaummar membela seekor anak ayam yang diberikan nama jolokan, Ipink susulan bulunya diwarnakan merah jambu ketika baru dibeli dari sebuah pasar malam.
Gara-gara selalu manja dan menjaganya sepanjang masa, anak ayam tersebut menjadi jinak sehinggalah usianya telah matang.
Sempat rakam video terakhir dengan ayam kegemaran, balik kampung rupanya dah jadi lauk
Namun kebahagian bersama ayam tersayangnya itu tidak bertahan lama, selepas berlangsungnya satu majlis keramaian di kampung halamannya, ayam kesayangannya, Ipink, rupa-rupanya telah dijadikan sebagai lauk untuk majlis tersebut. Liaummar bagaimanapun, tidak sampai hati untuk memakannya.
@liaummar definisi sakit hati diputusindefinisi sakit hati ditinggal mati #fyp #fypシ #sad ♬ Hati-Hati di Jalan – Tulus
Melihat ke ruangan komen video TikTok berkenaan, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap gadis terbabit.
Namun, netizen juga rasa terhibur apabila melihat ayahnya makan lauk ayam itu dengan lahap.
Saat artikel ini ditulis, video TikTok tersebut telah mendapat lebih 6.1 juta tontonan setakat ini.
The post Dibela Sejak Kecil, Gadis Menangis Balik Kampung Ayam Kesayangannya Jadi Lauk appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment