Di instagram, baru-baru ini, Dr Sheikh Muszaphar memuat naik satu perkongsian yang sangat manis untuk dikongsikan.
Menerusi kapsyen, bersama gambar keluarga, Muszaphar berkata, dia sangat menyukai keluarga besar.
“Saya suka dengan sebuah keluarga yang besar dan secara semula jadinya, saya mahukan lebih… insya-Allah dengan keizinan Mu.
“Tapi pertama sekali, saya mesti meyakinkan Dr Halina (isterinya). Apa pun, ia badan milik isteri saya,” katanya.
Pada masa sama, Muszaphar turut berkongsi tips kepada insan yang bergelar bapa di luar sana yang ingin meyakinkan isteri yang masih ragu-ragu untuk melahirkan lebih zuriat.
“Saya akan uruskan segalanya sementara kamu (isteri) berehat. Kamu masih cantik seperti selalu dengan enam orang anak. Tidakkah kamu mahu lihat lebih ramai anak-anak yang indah? Mereka akan jaga kita pada hari tua nanti.
“Kita tidak akan sunyi. ‘Huru-hara’ buat kita jadi muda. Ia merupakan satu sunnah untuk meramaikan ummah. Jom pergi shopping dan beli apa yang kamu mahu. The more the merrier.
“Kita menua sehingga ke Syurga. Saya cintakan kamu selamanya walau apa pun keputusannya,” tulisnya.
Perkongsian Muszaphar mendapat sambutan yang sangat positif dalam kalangan pengikutnya di Instagram.
Sementara itu, di laman Twitter, pengguna media sosial tersebut turut memuji perkongsian yang dimuat naik di Instagram miliknya itu cuma ia perlu selari dengan realiti kehidupan.
Untuk rekod, Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 11, Sophea Natasha, 9, anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, 3 serta kembar kedua Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia, 2.
The post Netizen Puji Cara Dr Sheikh Muszaphar ‘Pujuk’ Isteri Untuk Tambah Anak appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment