loading...

Friday, 18 March 2022

Akibat Sahutan Tak Dijawab, Abang Kurier Matikan Suis Utama Rumah Pelanggan

Kini, pembelian secara online menjadi lebih mudah dengan kemudahan aplikasi seperti Shoppe dan Lazada.

Bahkan, masyarakat juga lebih gemar memilih barang tanpa berkunjung ke kedai dan penghantar barang mempunyai banyak tempat untuk dikunjungi.

Baru-baru ini tular mengenai perkongsian seorang individu semasa menghantar barang kepada pelanggan dan tindakan yang dibuat olehnya menarik perhatian netizen.

Berikut di bawah video tersebut:

“Ini patut dicontoh” – tulis netizen.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @na_jpr65, abang penghantar barang itu telah memberi salam dan memanggil pemilik barang berkenaan, namun tiada sahutan.

Difahamkan, akibat muzik yang sangat kuat sehingga ucapannya tidak dapat didengari, abang kurier itu menutup suis elektrik utama sehingga rumah menjadi senyap.

Bahkan, apabila dia memberi salam untuk kali kedua barulah ada sahutan daripada pemilik barang tersebut.

Sumber – TikTok

“Bang kurier pintar, moga sehat selalu” – netizen.

Rata-rata netizen tercuit melihat tindakan bijak abang kurier ini. Mereka juga memujinya sebagai seorang yang pandai dan berani bertindak.

“Caranya langsung di coba semua kurir nih,” komen seorang pengguna.

Berikut di bawah komen netizen:

Sumber – TikTok

The post Akibat Sahutan Tak Dijawab, Abang Kurier Matikan Suis Utama Rumah Pelanggan appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...