Platform media sosial baharu ciptaan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, telah dikeluarkan secara rasmi. Kini tersedia untuk dimuat turun di App Store.
Menurut laporan Independent, media sosial bernama Truth Social dilaporkan menerima banyak aduan di Twitter mengenai senarai menunggu yang panjang untuk menyertainya.
Bakal pengguna telah mengadu di Twitter, berkongsi pengalaman mereka dengan Truth Social, ramai yang mengulas bahawa mereka diletakkan dalam senarai menunggu apabila mereka ingin menyertainya.
Apple juga dilaporkan telah mula menghantar pemberitahuan dan makluman kepada pengguna bahawa aplikasi itu sudah tersedia untuk dimuat turun.
Sementara itu, beberapa pengguna telah mengadu bahawa mereka tidak boleh mendaftar akaun selepas memuat turun aplikasi.
Difahamkan, selepas disekat daripada beberapa platform media sosial, termasuk Twitter, Facebook dan YouTube pada Januari 2021, Trump mengambil tindakan dan mengumumkan bahawa dia merancang untuk melancarkan platform media sosialnya sendiri.
Trump Media & Technology Group (TMTG) ialah syarikat di sebalik pembangunan aplikasi tersebut, mereka berjanji untuk memberikan pengalaman yang menarik dan bebas tapisan pada platform itu.
The post Bekas Presiden AS Donald Trump Perkenal Platform Media Sosial Baharu Dipanggil Truth Social appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment