loading...

Monday, 21 March 2022

Wanita Maut Tertelan Gigi Palsu Ketika Makan Mi Sup Pada Suapan Kelima

Menurut laporan Kompas, wanita yang berusia 51 tahun ini merupakan seorang bidan.

Dalam pada itu, anak mangsa iaitu M Anugerah memaklumkan bahawa mi sup tersebut adalah permintaan terakhir ibunya.

Malahan, dia mendakwa ibunya berhenti menikmati hidangan itu pada suapan kelima kerana mangsa mula tersedak dan merasakan sesuatu tersangkut pada kerongkongnya.

“Saat diperiksa, ternyata gigi palsu bagian graham atas tertelan bersama makanannya,” ujar anaknya kepada pihak media.

Setelah melihat keadaan ibunya, dia dan ahli keluarga yang lain cuba menepuk bahagian belakang ibunya.

“Kami sempat melakukan pertolongan pertama dengan menepuk pundak mamak, kemudian dikasih minum. Akibat tidak keluar, kami bawa ke Rumah Sakit Mitra Sejati dan dirujuk ke Adam Malik,” jelasnya lagi.

Mangsa Positif Covid-19

Setibanya di hospital, mereka terkejut kerana ibunya positif covid-19. Hal ini kerana mangsa dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang gejala Covid-19.

Malahan, operasi dilakukan sebanyak dua kali juga gagal.

“Setelah ibu kami lemah, barulah dilakukan operasi pengambilan gigi palsunya,” ujar anaknya.

Pegawai perhubungan awam hospital memberitahu kesihatan mangsa tidak mengizinkan dan pembedahan juga tidak dapat dilakukan. Ibunya disahkan meninggal dunia.

Perhiasan Dipakai Ibunya Hilang

“Sebagai akibat dari penolakan tindakan tersebut, terjadi gangguan menelan dan infeksi sekunder pada pasien yang menyebabkan operasi harus segera dilakukan dengan tujuan utama untuk memenuhi kebutuhan nutrisi pasien sekaligus mengangkat benda asing ( gigi palsu) yang tertelan,” jelas pegawai kesihatan.

Anaknya pada awalnya redha kematian ibunya, namun setelah melihat perhiasan yang dipakai ibunya iaitu cincin emas dan kalung hilang, dia merasa sedikit terkilan.

The post Wanita Maut Tertelan Gigi Palsu Ketika Makan Mi Sup Pada Suapan Kelima appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...