Kemunculan ahli perniagaan, Datuk Seri Vida dalam program Pentas Besar 2022 minggu keenam, pada Ahad, mencuri perhatian orang ramai apabila muncul gaya unik di atas kerusi Presiden Netizen dengan solekan tebal.
Malah, kening dan bulu mata palsu putih Vida dilihat agak berbeza dengan penampilan imejnya sebelum ini.
Di Instagram, netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap penampilan terbaru penyanyi yang popular dengan lagu I Am Me ini.
Malah, ada juga netizen yang menasihati Vida supaya hanya tampil biasa dengan solekan yang ringkas.
Terlebih dahulu, Vida berkongsi sedikit gambaran untuk kemunculan dalam muzik video single terbarunya berjudul Ku Ikhlaskan yang dijangka akan dikeluarkan pada 20 Mac ini di Instagram.
Menurutnya, muzik video itu dihasilkan dengan kos hampir setengah juta
@datoserividaofficial Tengok big stage semalam? Barang salah order? Tak baik cakap saya mcm tu #datosrivida #viral #bigstage2022 #kuikhlaskandsv ♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUT
“Coming soon lagu terbaru saya Ku Ikhlaskan. 360 darjah dari Dato Seri Vida yang anda kenal. Rakaman mengambil masa 10 malam. Music Video 5 hari. Menelan kos sebanyak RM400,000.
“Nantikan 20/3 ini di YouTube: Dsv Entertainment. Jadi yang terawal Subscribe mana tau dapat hadiah dari DSV,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Di TikTok pula, Vida menjelaskan bahawa penampilannya ada kaitan dengan video muzik yang dikeluarkan tidak lama lagi.
“Tetaplah. Bertenang besties. Walaupun dikecam mekap huduh, saya mekap ikut tema mingguan. Minggu ini tema ‘change 360’. Jadi saya mekap lain dari kebiasaan.
“Saya mekap sendiri sahaja pun. Ini adalah sempena muzik video saya, one of the character. Inside my music video. So you have to watchlah,” ujarnya.
Sebelum ini, Vida ada berkongsi sedutan dirinya bersiap sedia untuk muncul dalam muzik video single terbarunya berjudul Ku Ikhlaskan yang dijangka akan dikeluarkan pada 20 Mac ini di Instagram.
“Akan datang lagu terbaharu saya, Ku Ikhlaskan. 360 darjah Siri Dato Vida tau. Rakaman mengambil masa 10 malam. Video Muzik 5 hari. Harganya mencecah rm400,000.
“Nantikan 20/3 ini di YouTube: Dsv Entertainment. Jadi, yang pertama melanggan, mana tahu dapat hadiah dari DSV,” tulisnya.
The post Tampil Imej Berbeza, Akhirnya DSV Buka Mulut Jawap Semua Persoalan appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment