loading...

Monday, 21 March 2022

‘Siap Record Masuk Status’ – Ayah ‘Sporting’ Bawa Anak Jumpa Kekasih Sebelum Masuk Asrama

Kasih sayang ibu bapa terhadap anaknya tidak dapat ditandingi oleh orang lain. Ibu bapa sanggup berkorban dan berpenat lelah demi kebahagian keluarganya.

Apa sahaja yang disediakan oleh ibu bapa untuk memenuhi kehendak anak pujaan mereka. Perhatian mereka juga membuatkan hubungan kekeluargaan semakin erat.

Ini sama dengan video yang telah tular di laman TikTok, di mana seorang bapa bersedia memenuhi permintaan anaknya dan menghantar anaknya ke rumah kekasihnya.

Ayah sporting bawa anak lelaki ke rumah kekasihnya

Menerusi perkongsian yang tular di aplikasi TikTok, lelaki itu bertindak menghantar sendiri anak lelakinya bertemu buah hati sebelum membawanya ke asrama.

Menurut pemilik video, adiknya meminta ayahnya menghantar dia ke rumah tersebut sebelum dia balik ke asrama. Setibanya di rumah kekasih adiknya, ayahnya sempat merakam dan ‘upload’ ke status WhatsApp.

“Comel je part abah rekod tu,” ujar netizen.

Tambahnya lagi, jelas kelihatan adiknya membawa bungkusan yang masih kemas berbalut untuk diberikan kepada kekasih hatinya. Difahamkan, bungkusan tersebut merupakan sepasang kasut yang dibeli oleh adiknya.

Video ini dihujani komen netizen yang memuji tindakan seorang ayah yang begitu sporting serta memahami perasaan anaknya. Ada juga berceloteh adik wanita ini seawal umur 18 tahun sudah bertemu jodoh.

“Haha kemain ayah kau siap record masuk status,” ujar seorang pengguna TikTok.

“Adik aku dah anak 2 kakak dia ni asyik2 putus cinta,” tulis pengguna lain.

Berikut di bawah video tersebut:

Berikut antara komen netizen di aplikasi TikTok:

The post ‘Siap Record Masuk Status’ – Ayah ‘Sporting’ Bawa Anak Jumpa Kekasih Sebelum Masuk Asrama appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...