Kewujudan platform online seperti Shopee dan Lazada telah mendapat tempat di hati masyarakat. Bahkan, harga barangan juga lebih murah berbanding kedai fizikal di luar.
Bagi yang berbelanja secara online, pernahkah anda mengalami kejadian yang aneh dan misteri? Contohnya, barang belum diterima atau barang ditukar dengan barang lain.
Semalam tular di laman Twitter, luahan seorang pengguna yang dikenali sebagai @eddyipan yang kesal dengan parcel yang diterima olehnya.
Kasut berjenama ditukar dengan kasut lain
Menerusi ciapan twitternya, dia memberitahu bahawa pekerja tersebut telah menceroboh barangnya. Malahan, pekerja tersebut telah menukar barang tersebut dengan barang bukan miliknya.
Tahniah @jntexpressmy kerana telah membuktikan bahawa anda suka hire pekerja sampah. pekerja @jntexpressmy dah ceroboh barang saya order tukar dengan barang beliau.
Dalam pada itu, dia sepatutnya menerima kasut jenama Black Hammer yang berharga RM 287, namun barang yang diterima kelihatan berbeza dan bukannya kasut tersebut.
Kiri barang yang dibeli, kanan barang yang diterima
Katanya, sewaktu balik rumah dia menerima parcel tersebut dan melihat keadaan parcelnya yang berlubang sebelah kiri serta hanya ditampal dengan selotep.
Aku balik rumah dapat parcel tengok dah berlubang sebelah kiri dan hanya ditampal dengan selotape. aku dah tak sedap hati. memang betul. kasut aku dah kena rembat.
Barang yang diterima juga mengambil masa sebulan untuk diterima disebabkan dia baru pulang dari outstation. Dia juga terpaksa menelefon customer service kerana barangnya beberapa kali delay dan asyik deliver namun tak jadi.
Rupanya dalam kalangan staf @jntexpressmy ada yang hati busuk suka makan pakai cari rezeki dengan benda yang haram. kepada staf @jntexpressmy yang rembat kasut aku tu, aku tak halalkan ya. aku doakan Allah balas perbuatan kau aniaya hasil titik peluh aku.
Individu ini juga turut hairan bagaimana bungkusan berkenaan yang sepatutnya dihantar ke Shah Alam tetapi dihantar ke Penang. Dia juga berterima kasih kepada warganet yang retweet dan memaklumkan masalah tersebut dalam proses siasatan pihak berkenaan.
Pihak Shopee juga telah menghubunginya untuk memulangkan balik parcel beserta kasut tersebut.
The post ‘Kau Aniaya Hasil Titik Peluh Aku’ – Pelanggan Kesal ‘Parcel’ Diterima Berlubang, Siap Salotep appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment