Pelakon Netflix Thailand Beam Papangkorn Ditemui Mati
Selepas kematian kontroversi pelakon, Tangmo Nida, industri hiburan Thailand telah menerima berita yang mengejutkan iaitu pemergian pelakon thailand Beam Papangkorn.
Pada petang Rabu, 23 Mac, bintang Netflix Thai Papangkorn “Beam” Lerkchaleampote ditemui mati di atas katilnya di sebuah bangunan kondominium Bangkok.
Menurut halaman Bangkok Post, ibunya berkata Beam Papangkorn sedang tidur di dalam biliknya.
Ibunya juga cuba mengejutkan Beam namun tiada tindak balas. Menurut media Thai, dia terkejut apabila menyedari anaknya tidak bernafas.
Beberapa Hari Sebelum Kematiannya
Beberapa hari sebelum kematiannya, Beam Papangkorn kelihatan sihat dan gembira menerusi akaun Instagram miliknya.
Pelakon Thailand yang berusia 25 tahun ini juga lebih mesra dengan nama panggilan Beam. Peminatnya juga berduka dan bersedih atas kematiannya, disebabkan beliau seorang yang berjiwa baik.
Peminat pelakon ini menulis bahawa kematiannya merupakan berita yang menyedihkan kerana industri hiburan telah kehilangan seorang pelakon Thailand yang berbakat besar pada usia yang begitu muda.
Penglibatan Beam Dalam Industri Thailand
Beam juga dikenali dengan lakonannya dalam drama Project S: Spike (2017), Blacklist (2018), Duang Jai Nai Montra (2021) dan Behind the Sin (2018).
Beam Papangkorn juga dikenali dalam siri Netflix The Stranded, yang disiarkan pada 2019.
The post Selepas Kematian Tangmo, Pelakon Thailand Beam Papangkorn Meninggal Dunia Ketika Tidur appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment