loading...

Friday, 11 March 2022

“Layanan First Class Untuk Isteri” – Suami Lap Kaki Dan Pakaikan Kasut Isteri

Rate this post

Setiap wanita mempunyai ciri idaman yang tersendiri dalam mencari calon suami, ada yang mahu lelaki romantik, memahami dirinya dan sebagainya.

Perkhawinan juga bertambah indah apabila dua pasangan saling menghargai antara satu sama lain. Bahkan, pasangan yang serasi juga mampu menjamin hubungan yang berkekalan.

Semalam tular di Tiktok mengenai tindakan seorang suami yang mendapat pujian orang ramai.

Berikut di bawah video tersebut:

Video yang dikongsikan oleh akaun @babylona90, ini mendapat perhatian netizen kerana sikap si suami yang memberi layanan terhadapnya seperti seorang permaisuri.

Menerusi video tersebut, si suami mengelap kaki dan menyarungkan kasut itu kepada isterinya sebelum dia keluar dari kenderaannya.

“Bila berada di tangan yang tepat” – netizen.

Dalam pada itu, si suami turut menghulurkan tangan untuk membantu isterinya turun disebabkan kenderaan tersebut agak tinggi.

Rata-rata netizen memuji sikap dan layanan baik suaminya yang berusaha untuk membahagiakan dirinya. Ada juga netizen berpendapat wanita ini bertuah kerana ditemukan dengan orang yang tepat.

Malahan, ada seorang pengguna berpesan kepada perempuan lain yang melihat video ini supaya tidak cemburu dan bersyukur dengan pasangan masing-masing. Pasangan anda dalam diam banyak melakukan kebaikan yang anda sendiri tak sedar.

“Beruntung awak dik suami awak layan awak sebaik ini.. Muga jodohnya kekal,” tulis seorang netizen.

“Muka je garang tapi tengok dia layan isteri kiot,” ujar netizen.

“Suami saya pun mcm ni juga orangnya cuma awalnya saya tak perasan, sekarang dah tau tapi biasa la saya ni suka cari pasal dgn husband,” luah netizen lain.

Berikut antara komen lain dari netizen:

Sumber: TikTok

The post “Layanan First Class Untuk Isteri” – Suami Lap Kaki Dan Pakaikan Kasut Isteri appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...