loading...

Monday, 7 March 2022

‘Bukan Datuk, Bukan tan sri, Tak Nak Yang Kaya’ – King Coco Mahukan Lelaki Gentleman Dan Tak Perlu Kacak

Rate this post

King Coco yang kini bergelar ibu tunggal mengakui lebih tertarik kepada lelaki ‘gentleman’ berbanding lelaki kaya atau berjawatan tinggi jika hatinya terbuka hati untuk berkahwin sekali lagi.

Katanya, dia lebih selesa menjadi pasangan kepada lelaki sederhana, bukan dalam kalangan mereka yang berpangkat atau mempunyai gelaran darjat tertentu, ketika menjawab soalan netizen menerusi Insta Story.

“Yang bukan datuk, yang bukan tan sri. Tak nak yang kaya, biasa-biasa saja. Handsome (kacak) okeylah. Tak nak yang handsome sangat.

“Sedap-sedap saya lihat okey dah. Yang penting wajib gentleman (budiman),” katanya.

Foto – instagram.com

King Coco atau nama sebenarnya, Marshaira Ismail, 23, mengesahkan dia telah bercerai dengan suaminya, Azrin Anas Abdul Shukor, yang berkahwin pada 1 Januari 2017.

Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Putra Kyle Mateen dan Putra Muhammad Haqeem.

Wanita yang menyerlah dengan imej seksi dan pelat Inggeris itu bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh perpisahan mereka.

Selain terkenal dengan gaya percakapan ala ‘Mat Salleh’ dan mengakui mempunyai darah pelbagai campuran, King Coco mencetuskan kontroversi apabila dituduh sebagai perampas suami orang.

The post ‘Bukan Datuk, Bukan tan sri, Tak Nak Yang Kaya’ – King Coco Mahukan Lelaki Gentleman Dan Tak Perlu Kacak appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...