Setiap orang semestinya menginginkan memori pernikahan dan detik bersejarah dirakamkan untuk menjadi kenangan indah. Malah, mengambil gambar outdoor selepas majlis pernikahan telah menjadi trend.
Untuk mendapatkan tangkapan luar yang berjaya, adalah penting untuk memilih tempat yang sesuai untuk mereka. Namun lain pula kisahnya buat pasangan pengantin ini.
Beberapa hari yang lalu kecoh di aplikasi tiktok, mengenai tindakan seorang pengantin lelaki menyelamatkan seorang budak.
Berikut di bawah video tersebut:
Menerusi video yang dimuatnaik, terlihat seorang pengantin dalam keadaan cepat menyelamatkan budak tersebut. Walaupun sibuk photoshoot, pengantin lelaki berjaya selamatkan seorang individu dari lemas. Difahamkan budak tersebut merupakan pemegang kad oku.
“Bukan senang ye nak selamatkan orang lemas…” – netizen.
Dalam video lain, pengantin lelaki dan pasangannya ketika itu sedang mengambil gambar outdoor selepas majlis perkhawinannya. Dia yang berpakaian pengantin itu sempat terjun ke dalam sungai dan menyelamatkan budak berkenaan.
“Hadiah pengantin baru yang tak ternilai,” – netizen.
Tindakan berani pengantin lelaki ini dipuji netizen dan mereka menyatakan isterinya beruntung bernikah dengannya. Ada juga yang berpendapat pengantin lelaki seorang yang berpengalaman dengan melihat teknik digunakan olehnya ketika menyelamatkan mangsa.
“Bukan senang ye nak selamatkan orang lemas atau xpandai berenang..tahniah bang keberanian sgt terbaik,” komen netizen.
“Yang rakam pun aihhhh…kang tak pasal2 pengantin tu kena tolong selamatkan tukang rakam ni pulak karang,” ujar netizen di ruangan komen.
Berikut antara komen lain dari netizen:
The post “Keberanian Sangat Terbaik” – Pengantin Lelaki Selamatkan Budak Lemas Ketika ‘Photoshoot’ appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment