loading...

Thursday, 31 March 2022

Begini Cara Mohon Bantuan Laptop Percuma Untuk Pelajar IPT B40

Rate this post

Semua pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dari golongan B40 boleh memohon laptop (komputer riba) atau tablet percuma untuk digunakan bagi tujuan pembelajaran.

Pelajar yang ingin memohon menerusi Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia ini perlu memenuhi kriteria atau syarat asas yang ditetapkan, merangkumi beberapa perkara.

Pertama, pelajar merupakan seorang penuntut di IPT awam dan swasta, Kolej Komuniti dan kolej di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), termasuk mereka yang baru menerima tawaran masuk ke universiti.

Kedua, pelajar adalah dari golongan miskin dan B40 dengan pendapatan ibu bapa tidak melebihi RM4,850 sebulan.

Permohonan boleh dibuat secara online (dalam talian) bermula 15 April ini menerusi satu portal yang akan dibuka oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (akan dikemaskini).

Terdahulu Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan perkara tersebut dalam pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada 17 Mac.

Ia bagi membantu pelajar IPT menjalankan aktiviti pembelajaran dalam talian, melayari Internet untuk tujuan penyelidikan dan penghantaran mesej kepada keluarga dan rakan-rakan.

Menurut beliau, sebanyak 400,000 pelajar seluruh negara dijangka mendapat manfaat daripada program itu.

Annuar berkata pelaksanaan program itu akan dikawal selia oleh satu unit di bawah kementerian dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan KPT, dengan fasa pertama ‘roll-out’ program itu dijangka seawal Jun ini.

“Permohonan kepada mereka yang layak berasaskan satu pangkalan data telah terkumpul dan sekiranya ada data yang tidak lengkap dan nama tercicir maka satu proses rayuan akan dibenarkan.

“Kita berharap ia juga akan mendapat kerjasama untuk dibuat pengesahan dan sokongan oleh Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Undangan Negeri, pegawai daerah dan pegawai universiti bagi memastikan tiada yang tercicir untuk mendapat kemudahan ini.

Jelasnya, peranti yang akan diberikan secara percuma itu juga akan dipastikan berkualiti dan setara dengan beberapa ciri khusus termasuklah kapasiti minimum tidak kurang 4RAM selain dibekalkan bersama aksesori lain seperti papan kekunci.

Beliau turut mencadangkan 10 peratus daripada jumlah PerantiSiswa Keluarga Malaysia itu diagihkan kepada pelajar mengikut kes tertentu.

“Sekiranya ada kapasiti dan ada lebihan (peranti), kita akan simpan untuk kes-kes yang tertentu, misalnya pelajar miskin dan pelajar amat miskin tapi tidak termasuk dalam kategori program Ijazah, Diploma dan sebagainya.

“Kes lain pelajar lepas ijazah, ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang tidak mampu atau dia pelajar program pensijilan tertentu tapi benar-benar datang daripada keluarga miskin. Selain itu, kategori pelajar yang dia tak miskin tapi terjejas akibat bencana, itu boleh juga dipertimbangkan,” katanya.

The post Begini Cara Mohon Bantuan Laptop Percuma Untuk Pelajar IPT B40 appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...