loading...

Friday, 18 March 2022

Kak Long Mohon Semua Lupakan Dia, Muncul Banyak Lagi Laporan Polis Baru

Tindakan Wan Noor Baizura atau lebih dikenali sebagai Kak Long Viral yang seperti mengaibkan Orang Kurang Usaha (OKU).

Baru-baru ini, anggota Terengganu (POKUAT) membuat keputusan melaporkan kes itu kepada polis.

POKUAT buat laporan polis

Menurut Presiden Persatuan, Fakhruddin Zakaria, pihak POKUAT membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Terenggganu selepas menerima beberapa video menunjukkan Kak Long membuat pergerakan badan dan mimik muka seperti OKU.

Katanya lagi, laporan polis itu dibuat adalah bertujuan memberi kesedaran kepada wanita berhubung perkara itu kerana ia agak keterlaluan dan mengguris hati mereka.

Tindakan wanita berkenaan yang tidak peka dengan perasaan OKU menimbulkan kemarahan apabila dihina oleh seseorang yang semata-mata mahu menaikkan popularitinya di laman media sosial.

“Kami menggesa kerajaan supaya segera menggubal atau mewujudkan akta yang membolehkan mana-mana individu atau pihak yang menghina golongan OKU dalam apa bentuk sekalipun dikenakan tindakan undang-undang.”

Sementara itu, pihaknya berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyekat akaun laman media sosial wanita itu.

‘Bila salah minta maaf’

Tambahnya lagi, tindakan Kak Long yang akan meminta maaf selepas membuat video terbabit sehingga membangkitkan amarah netizen adalah tidak wajar sama sekali.

Bila salah minta maaf dan kemudian ulangi lagi dan perbuatan seperti ini amat tidak bersesuaian melainkan wanita terbabit dikenakan tindakan undang-undang.

Terdahulu, video Kak Long melakonkan gaya tempang dan herot membuatkan netizen marah dan kejadian berkenaan dipercayai berlaku selepas dia dijemput menghadiri Program Trending di Stesen TV Al Hijrah.

The post Kak Long Mohon Semua Lupakan Dia, Muncul Banyak Lagi Laporan Polis Baru appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...