loading...

Wednesday, 9 March 2022

“Nak Kawen Ke Nak Ajak Gaduh” – Gaya Pengantin Wanita Berjalan Ala Gangster

Rate this post

Pada awal tahun, selalunya setiap pasangan memilih untuk mengikat tali pertunangan dan pernikahan. Mereka juga merancang dengan penuh teliti untuk memastikan majlis berlangsung dengan sempurna.

Setiap pengantin wanita ingin kelihatan manis, cantik dan ayu pada hari persandingan, namun lain pula cerita pengantin ini.

Baru-baru ini tular mengenai sebuah video yang dimuatnaik oleh akaun @iamnonos.

Berikut di bawah video tersebut:

Pada awalnya ketika sedang berarak, terlihat pengantin wanita ini diiringi seorang wanita yang memayungkannya. Namun begitu, selepas beberapa minit pengantin ini dengan reaksi yang bersahaja meninggalkan rombongannya di belakang.

Kemudian, dia berjalan laju di hadapan seperti orang ingin bergaduh. Gaya berjalannya itu ditegur dan dengan serta merta pengantin wanita ini mengawal cara berjalannya. Dia kembali berjalan bersama rombongannya.

“Dia jalan macam drama mr queen” – netizen.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat reaksi pengantin wanita ini. Malahan, ada juga yang sempat berceloteh bertanya adakah suaminya seorang yang pemalu. Ada juga yang memuji wanita ini walaupun berjalan ganas tetapi dia kelihatan comel.

Wanita ini memberitahu bahawa dia akan cuba ayukan dirinya dan dia juga berterima kasih kepada semua yang memberi komen.

“Hahaha terima kasih semua untuk komen2, yang ucap tahniah terima kasih, nanti saya cuba ayukan diri saya ya,” ujar wanita ini.

Berikut di bawah komen dari netizen:

Sumber:TikTok

The post “Nak Kawen Ke Nak Ajak Gaduh” – Gaya Pengantin Wanita Berjalan Ala Gangster appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...