loading...

Monday, 7 March 2022

[Video] Disuap Biskut Kering Oleh Nenek, Bayi Usia 3 Hari Bengkak Dada

Rate this post

Sebagai ibu bapa dalam pelbagai isu, mungkin tiada subjek yang lebih meluas dalam interaksi mereka selain daripada perihal makanan.

Sebagai penjaga, ibu bapa selalunya memilih makanan yang ada di rumah, menyediakan makanan, membenarkan anak-anak mereka makan beberapa jenis makanan, dan menentukan kekerapan makan dan makanan ringan, serta saiz bahagian.

Mempelajari ilmu parenting adalah penting yang bertujuan untuk mempermudahkan urusan ketika membesarkan anak-anak.

Bagaimanapun, seorang ibu berkongsi detik cemas selepas mendapati bayinya mengalami bengkak pada bahagian dadanya selepas diberi kudapan berupa biskut kering.

Bayi usia 3 hari diberi makan biskut

Foto – TikTok.com

Seorang wanita berasal dari Indonesia yang dikenali sebagai Rusti Ridayanti telah memuatnaik satu video.

Dalam video ini, bayinya yang berusia 3 hari telah diberi makan biskut kering tiga kali sehari oleh ibu mentuanya.

Lebih memeranjatkan, bayi malang itu mengalami bengkak di dada selepas diberi biskut berkenaan.

Dilihat dari video TikTok tersebut, wanita ini mengakui menjadi serba salah melihat keadaan anaknya.

Dia malah tidak tahu bahawa ada kesan buruk apabila memberikan biskut kering kepada bayi yang masih kecil.

@yustiiimdv

Hati sya hancurr liat anakk dada nya bengkak krna bru 3 hri udh d suapin saya gk tau klau bayi 3hri blm blh d ksh mkn maafin bunda nak 😭😭

♬ suara asli – Fefy🌼

“Hati saya hancur lihat dada anak bengkak kerana baru usia 3 hari dah disuap kudapan. Saya tak tahu kalau bayi 3 hari belum boleh diberi makanan itu. Maafkan ibu ya anak. 😭😭

Menurutnya lagi, dia telah cuba menghalang ibu mertuanya tetapi dia juga dimarahi.

Difahamkan ibu mentuanya juga tidak mengetahui mengenai kes itu kerana menurutnya pada zaman dahulu tiada ‘pantang’ seperti ini.

Berikutan itu, Rusti mula menimba ilmu berkaitan ilmu ‘parenting’.

“Alhamdulillah kini adik saya sihat dan kini berusia empat bulan. Saya telah cuba melarang menantu saya tetapi saya dimarahi.”

The post [Video] Disuap Biskut Kering Oleh Nenek, Bayi Usia 3 Hari Bengkak Dada appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...