loading...

Tuesday, 8 March 2022

“Mengikut Kajian Saya… ” – Gara-gara Baju Sedondon, Wanita Tersilap Pegang Tangan Suami Orang

Rate this post

Trend memakai baju sedondon semasa berjalan atau menghadiri majlis kenduri menjadi hal yang biasa dalam masyarakat. Malahan, pasangan yang memakai baju warna sama nampak romantik dan sehati sejiwa.

Baru-baru ini tular sebuah video mengenai wanita tersilap pegang tangan suami orang semasa sesi bergambar.

Video yang dimuat naik oleh akaun peribadi @syafiq_cukop ini membuatkan netizen terhibur.

Berikut di bawah video tersebut:

@syafiq_cukop

fuhh dia silap laki mat naya😅blek nih pisang gempar bumi🥴🥴#bukanmaen #fyp #fypシ

♬ URAAAA – .army0fdeath

Berdasarkan video tersebut, kelihatan dua pasangan memakai baju berwarna hitam dan maroon sambil mengambil gambar bersama pengantin perempuan.

Difahamkan, pasangan ini tertukar pasangan kerana tidak memakai baju sedondon di majlis kenduri rakannya.

Ketika mereka seronok mengambil gambar, wanita itu baru menyedari bahawa dia tersilap memegang tangan lelaki yang kononnya suaminya.

Setelah menyedari situasi itu, terlihat salah seorang suaminya menepuk dahi dan mereka tergelak kecil serta kembali kepada pasangan masing-masing.

Menerusi ruangan komen, lelaki ini menjelaskan bahawa mereka adalah adik-beradik.

“Sbnarnya plan bjmpa di rumah kndri bila dh jmpa terperasan yg bju termaching dengan adik..husb termaching dgn wife adik.. kira lakonan acacahh ttkar,” jelas wanita ini dalam ruangan komen.

Terhibur dengan situasi tersebut, rata-rata netizen menyuarakan pendapat. Segelintir netizen juga berkongsi pengalaman yang hampir sama dengan pasangan ini.

“Bagus mereka. walau begurau tp tahu hukum. yg baju hitam tu mesti adik beradik. sbb baju merah tu x bersentuhan mesti biras,” komen netizen.

“Kalau bukan adik beradik mampoih larr kena kecam,” netizen.

“Netizen msia cekap buat keje dik,” tulis netizen lain.

Berikut antara komen lain dari netizen:

komen netizen
Sumber : TikTok

The post “Mengikut Kajian Saya… ” – Gara-gara Baju Sedondon, Wanita Tersilap Pegang Tangan Suami Orang appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...