Setiap masyarakat semestinya mempunyai cara dan kepercayaan tersendiri dalam melakukan adat budaya serta tradisi. Malahan, begitu juga di dalam majlis persandingan.
Di hari persandingan, anda semestinya dapat melihat pelbagai ragam pasangan pengantin.
Video yang dimuatnaik oleh akaun @herusuyanto92, ini menerima pelbagai reaksi dan komen dari netizen.
Berikut di bawah video tersebut:
Menerusi video ini, terlihat pengantin lelaki sibuk merakam suasana di atas kenderaan tersebut. Namun begitu, malang tidak berbau pengantin perempuan tiba-tiba terjatuh dari tandu yang diarak tersebut ke atas jalan raya.
Pengantin lelaki sempat menarik tangan isterinya, meskipun dia masih memegang telefon. Malah, pengantin lelaki itu turut terjun dari tandu untuk menyelamatkannya. Pengantin perempuan terlihat gagal mengawal keseimbangan badannya semasa tandu itu membelok sehingga dia terjatuh.
Mujurlah ada individu lain berhampiran wanita itu yang tampil membantu pengantin perempuan sebelum si suami turun ke bawah memeriksa keadaan si suami.
Kejadian ini berlaku di Indonesia dan pengantin perempuan berpakaian lengkap dengan perhiasan kepala mengikut adat Jawa.
Rata-rata netizen simpati dengan keadaan pengantin wanita ini disebabkan kecuaian pengantin lelaki. Bahkan, ada juga netizen yang mengecam tindakan pengantin lelaki yang terlalu leka dengan telefon bimbit sehingga dia tidak tersedar dengan keadaan sekeliling.
“sakit nya 40% malu nya 60%” komen seorang pengguna.
Berikut di bawah komen dari netizen:
The post “Lagi Live Fb Mungkin” – Akibat Terleka Bermain Telefon, Pengantin Perempuan Terjatuh appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment