loading...

Tuesday, 22 March 2022

‘Acah2 Glamour, Ramai Macam Ni’- Wanita Viralkan Wajah Rakan Tuntut Hutang RM149K

Sebenarnya, hutang adalah satu bentuk pinjaman yang boleh diterima dalam Islam apabila kita benar-benar memerlukan kuantiti wang tertentu untuk memenuhi keperluan harian kita.

Namun begitu, anda haruslah melunaskan hutang kerana hukum membayar hutang adalah wajib. Ramai orang segan untuk bercakap tentang masalah hutang mereka, apatah lagi mengakui mereka memilikinya.

Apabila kita berhutang dengan seseorang, kita tidak berpuas hati dengan diri kita sendiri. Mencuba memikirkan cara untuk membayar balik wang yang anda tidak ada membuat anda tidak senang. Ingat jangan berhutang jika anda tidak mampu membayar kembali.

Semalam tular di laman Facebook, satu hantaran daripada seorang individu yang berkongsi beberapa keping gambar dan perbualannya di aplikasi Whatsapp.

Sumber – Facebook

Mengenali wanita itu melalui kumpulan duit kutu

Menurut individu yang bernama Scha Alleya, dia ditipu seorang wanita sebanyak RM149,400 melalui kumpulan duit kutu.

Tambahan pula, dia semakin hilang kesabarannya apabila tempoh bayaran balik yang diberikan kepada wanita tersebut sudah terlalu lama. Wanita itu hanya mendiamkan diri dan tidak menghiraukannya.

“Jarang aku nak viralkan orang, tapi sebab dah melampau sangat, kau bawa lari duit aku RM149,400. Dari bulan 10 tahun lepas aku diam je..,” ujar wanita ini.

Sumber – Facebook

Pernah memintanya membuat bayaran secara ansuran

Sebelum ini, dia ada meminta wanita berkenaan membuat bayaran ansuran hanya RM2500 setiap bulan, tetapi dia masih belum membuat sebarang bayaran kepadanya sehingga hari ini.

Rata-rata netizen terkejut dengan jumlah wang yang dipinjam oleh wanita itu, malah ada juga yang hairan nak buat modal meniaga pun banyak sebegitu.

“Kutu sebulan berapa ni sampai hutang ratus ribu.” – Netizen.

“Bnyaknya dia hutang buat apa semua duit2 tu.hutang wajib byar ckp dia takut nt mati xsempat orang halalkan susah nt.bertabahla wahai owner.p balai buat report ja.dlu saya pun pernah kena tapi nasib xbnyak rm300 ja,” komen seorang pengguna.

“Kalau tak mampu main kutu lain kali tak payah main menyusahkan org je,” komen warganet.

“Nak buat meniaga apa besaq gila modai. Terus bukak kedai ke apa? Kalau kecik2 buat la pinjaman amanah ikhtiar dulu,” komen seorang lagi pengguna.

The post ‘Acah2 Glamour, Ramai Macam Ni’- Wanita Viralkan Wajah Rakan Tuntut Hutang RM149K appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...