Adakah anda pernah membaca berita tentang mangsa penipuan scammer dan berfikir, “Bagaimanakah dia boleh ditipu dan diambil kesempatan?”
Walau bagaimanapun, jika anda berada dalam situasi yang sama tanpa menyedari taktik scammer, anda berkemungkinan akan menjadi mangsa.
Semalam tular di halaman Twitter perkongsian seorang pemuda berusia 24 tahun yang kerugian melebihi RM15K kerana terpengaruh dengan iklan kerja kosong.
Pada awalnya dia hanya scrool halaman Facebook dan terjumpa satu iklan kerja part time yang disertakan sekali dengan komisen.
Dalam screenshot iklan kerja ada penerangan mengenai job scope yang diperlukan.
Disebabkan percaya dengan penerangan melalui WhatsApp, pemuda ini menerima dan join group tersebut untuk melakukan tugasan seperti yang diminta.
Terima task dan membeli barang untuk komisen 10%
“So aku pon start task 1 ( setiap task kena siapkan 10-15 min ) Aku kena click link shopee yg die bagi then add to cart then screenshot pastu sent ss tu pada admin tdi.Then dia pon bagi no acc seperti dibawah untuk transfer,” ujar lelaki ini dalam ruangan Twitter.
Dia mula percaya dengan pekerjaan ini kerana pulangan komisen 10% yang diperoleh melalui tugasan 1 dan 2. Kemudian, dia meneruskan kepada task 3, namun begitu lain pula yang berlaku kerana lelaki ini tidak membaca arahan dengan betul.
Bagi menyiapkan tugasan ketiga, individu ini perlu melakukan tiga transaksi yang berbeza kepada nombor akaun yang sama.
Bahkan, dia perlu membuat enam transaksi yang berbeza kepada akaun bank yang sama.
Dikenakan penalti RM3299 sebab ‘overtiming’
Selepas dia menyiapkan tugasan dia ingin refund modal balik namun tidak dibenarkan sebab overtiming dan perlu bayar RM3299.
“So bila aq dah bayar rm3299 utk penalty tu die ckp system pulak down kena tunggu esok 11am (16/3/22) utk cont refund. So kat sini sya mmg bodoh bru nk start stop bukan apa sebab sya nk balik duit refund tu sbbtu lah sya bgi apa yg die nak semua, tapi harapan palsu,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, menyedari dirinya telah tertipu kerana tidak menerima komisen dan modal balik dari individu berkenaan. Dia terus membuat laporan polis dan dianggarkan kerugian melebihi RM15K.
Lelaki ini menasihati netizen agar jangan cari jalan pintas dan jangan percaya benda yang kita anggap itu benda betul. Menerusi ruangan tweetnya, rata-rata netizen prihatin dengan keadaannya dan ada berkongsi modus operandi scammer.
Berikut laporan polis yang dibuat olehnya:
The post Lelaki Mangsa Scammer Rugi Hampir RM16k, Disebabkan Iklan Kerja Di Facebook appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment