Biarpun dianggap pendatang baru dalam industri Indonesia, nama penyanyi muda ini sebenarnya tidak asing lagi dalam kalangan peminat muzik di Indonesia.
Membawakan kreativiti, eksperimen dan idea konsep berbeza dalam penghasilan lagu, Yonnyboii dilihat sebagai satu lagi bakat ‘BBNU’ yang cukup berharga.
Pertaruhkan mesej & jiwa ‘Salahku’ di pentas AJL36
Biarpun sebelum ini pernah ‘tercicir’ dari kelayakan di AJL35 kerana alasan bukan lagu 2 tahun lalu, dia tidak berputus asa dan keputusannya layak untuk pentas berprestij ini sekali lagi.
Yonnyboii, atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin mempertaruhkan ‘Salahku’ yang membawa mesej berat dan disulami lirik ‘deep’ tentang anxiety dan depression.
Solekan ala ‘Joker’ & nyanyi sambil terbang di udara
Beraksi dengan solekan ala watak ‘Joker’, seperti finalis AJL36 lain Yonnyboii juga tidak melepaskan peluang untuk membuat interprestasi tersendiri berkisarkan lagunya.
Fokus yang paling mencuri perhatian apabila dia menyanyi sambil ‘terbang’, dan mendedahkan pakaian tebal dan labuh yang dipakainya kepada jutaan penonton yang menonton secara langsung.
“Congrats sayang… ini adalah persembahan terbaik yang pernah saya tengok”
Biarpun tidak berjaya membawa pulang sebarang trofi, sekurang-kurangnya dia dapat memberi pendedahan yang baik kepada lagu dan muzik genre terbabit.
Selepas persembahan itu, isteri Yonnyboii, Nik Nazira, tidak ketinggalan memberikan pujian sebagai satu persembahan terbaik pernah ditonton di pentas AJL36.
Persembahan Yonnyboii – Salahku di pentas AJL36
Sebelum ini, pasangan muda ini berkahwin secara ‘senyap’ pada penghujung tahun lalu demi menjaga nama baik keluarga sebelum diumumkan kepada peminat.
The post ‘Persembahan Terbaik Yang Pernah Saya Tengok’ – Isteri Yonnyboii appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment