Nampaknya, pemergian kekasih tercinta Tangmo Nida memberi kesan mendalam buat kekasihnya, Bird yang tidak putus-putus memuat naik video dan gambar ‘throwback’ mereka setiap hari.
Muat naik gambar Tangmo umpama Tangmo masih ada…
Tindakan kekasih mendiang yang masih memuat naik ‘aktiviti seharian’ bersama Tangmo buat netizen rasa simpati dan sedih melihat Bird, yang bagaikan tidak boleh menerima kenyataan pemergian wanita yang sangat dicintainya.
Mintak bantal guling, frame, kucing Tangmo buat lepas rindu…
Dalam perkongsian lain, seorang individu berkongsi permintaan Bird bahawa dia hanya mahukan bantal peluk, bingkai gambar bersama Tangmo dan kucing kesayangan Tangmo untuk dipercayai untuk melepaskan rindu.
Permintaan itu dibuat oleh Bird kepada Panida, ibu Tangmo ketika dia bertemu wanita itu di rumah mereka bersama-sama
Menerusi satu lagi perkongsian, dari Tangmo, dia memberitahu media tentang cintanya yang mendalam terhadap Bird, dan tidak terfikir untuk meninggalkan kekasihnya.
Malah, apabila ditanya kenapa, Tangmo menjawab kerana Bird sentiasa berada di sisinya ketika suka dan duka, susah dan senang sepanjang perjalanannya, membuatkan ramai sebak dan menangis melihat betapa hebatnya cinta mereka.
Turut menjadi perhatian, kekasih Tangmo yang dikenali sebagai @stonerbkk d instagram turut gigih mengikuti misi pencarian mendiang kekasihnya selama 48 jam tanpa gagal hingga matanya yang sembap dipercayai akibat menangis berterusan.
Menangis sambil membuang abu ke dalam sungai
@nalerdwongyala ♬ เสียงต้นฉบับ – ฅนเลี้ยงวัว
Baru-baru ini, susulan perkongsian @nalerdwongyala di Tiktok, Stonerbkk dilihat membuang abu mayat mendiang Tangmo ke dalam sungai sambil memakai topi dan penutup muka, bagi menutup mukanya yang bengkak akibat menangis.
The post Walaupun Sudah ‘Pergi’, Kekasih Tangmo Tetap Muat Naik Gambar Setiap Hari, Panggilan Video Terakhir Buat Ramai Sebak appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment