Selepas terjatuh dan terhantuk pada batu nisan isterinya, seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia ketika menziarahi kubur isterinya.
Memetik laporan Detik News, lelaki berusia 51 tahun itu ditemui meninggal dunia oleh penduduk setempat malam tadi di sebuah tapak kubur di kawasan Gampengrejo, Kediri, Jawa Timur, Indonesia.
Menurut Ketua Polis Gampengrejo, AKP Sunaryo, mangsa sedang menziarahi pusara isterinya yang baru meninggal dunia bersama seorang cucu yang masih kecil sebelum kejadian itu berlaku.
Setibanya lelaki itu di tapak pengebumian, dia melihat kubur isterinya berlubang, seakan-akan mendap ke dalam tanah dan mengambil inisiatif untuk menimbus semula lubang tersebut.
Namun, lelaki itu dilaporkan terjatuh dan kepalanya terhantuk pada batu nisan di atas kubur isterinya.
“Jadi ketika mangsa melihat kubur isterinya mendap, mangsa cuba menimbus kembali kubur sang isteri dalam keadaan mencangkung, namun tiba-tiba mangsa terjatuh dan kepalanya terhantuk pada batu nisan isterinya,” kata Sunaryo.
Detik News melaporkan lagi, hantukan itu menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri. Cucu terbabit yang menangis melihat keadaan bapanya telah menarik perhatian penduduk setempat.
Penduduk tempatan kemudian datang membantu mangsa, namun lelaki itu dikatakan meninggal dunia.
Tambah Sunaryo, memetik laporan Berita Jatim, pihaknya bagaimanapun tidak menemui sebarang tanda penganiayaan pada jasad mangsa.
The post Ziarah Pusara Isteri, Warga Emas Maut Terhantuk Pada Batu Nisan appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment