Malaysia adalah sebuah negara dengan pelbagai etnik dan kaum dan memiliki pelbagai jenis makanan daripada pelbagai latar belakang yang berbeza.
Begitu banyak hidangan dan makanan yang boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia secara bebas samada dari makanan Cina hinggalah makanan India, lebih-lebih lagi jika ianya hadir dengan status halal, bermakna saudara-saudara Islam kita turut juga boleh menikmatinya.
Malangnya, tidaklah semua makanan boleh divuba, dan ada juga restoran yang tidak memiliki sijil halal yang diiktiraf oleh JAIS.
Memetik laman WORLD OF BUZZ, seorang pengguna media sosial, Farahin, telah berkongsi pengalamannyabagaimana seorang pemandu penghantaran makanan berhadapan dengannya kerana memesan makanan dari restoran India.
‘Rider’ prihatin persoal status halal makanan
Bagi Farahin, dia merasakan tidak salah jika dia memesan makanan dari kedai lain dari bangsa lain, asalkan ianya halal.
Difahamkan, dia menerima mesej dari seorang ‘rider’ tempatan, penghantar makanan bertanyakan sama ada dia beragama Islam selepas memesan thosai dari sebuah restoran makanan India yang terletak di Sungai Buloh.
Penunggang berkenaan, menghubungi Farahin untuk mengesahkan dia beragama Islam atau tidak, selepas melihat pesanan itu.
‘Rider’ berkenaan kemudian mengatakan, atas dasar prihatin bahawa makanan yang dipesan olehnya itu, bukan dari restoran mamak tetapi milik bangsa India sepenuhnya.
Ini membuatkan Farahin tertanya-tanya apakah ada ‘peraturan’ yang melarang orang Melayu makan di restoran bangsa lain.
Dia juga percaya ‘rider’ itu hanya perlu menjalankan tugas sebagai penghantar makanan dan tidak menghakimi pelanggannya.
Farahin juga berharap penghantar makanan di luar sana sentiasa menjaga etika dan tertib dengan pelanggan ketika menjalankan tugas.
Melihat ruangan komen di laman facebook WORLD OF BUZZ, rata-rata netizen memberikan pandangan masing-masing.
Ada pihak yang memberi pendapat penunggang, sekadar mengingatkan kerana prihatin pelanggan tidak mengetahui status makanan di kedai yang dipesannya.
The post Pesan Makanan Di Kedai Bukan Islam, Wanita Ini Kena Soal Rider Status Agamanya appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment