loading...

Wednesday, 30 March 2022

Pensyarah Marah Pelajar Tiada Laptop Didesak Dikenakan Tindakan – Pertubuhan Pelajar

Video sedutan seorang pensyarah, dari universiti awam yang dikatakan telah merendahkan martabat seorang pelajar, semasa sesi online tular di media sosial dan menerima kecaman dari warganet.

Kau pakai apa? Pakai phone eh? Mana kau punya komputer. Kau tak ada adik-beradik? Kau cakap dengan kakak kau kalau dia ada gelang emas pergi jual dan pergi beli komputer.

Hanya RM800 sahaja beli komputer, apa masalah kau. Pasal itu aku tak boleh duduk dengan orang B40, ia lebih memikirkan benda lain.

Susulan video yang tular di TikTok, pensyarah itu dilihat kurang senang dengan seorang pelajar yang dikatakan tidak mempunyai komputer ketika menyertai sesi pembelajaran.

Pada mulanya pelajar ini menjawab soalan tersebut sebelum dia (pelajar) ditanya soalan lain.

Bagaimanapun, pelajar ini menjelaskan bahawa dia langsung tidak mempunyai komputer riba dan ibunya telah meninggal dunia serta bapanya tiada pekerjaan.

Ekoran video tular itu, Mahasiswa Keadilan Malaysia itu terus menyeru Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) supaya melaksanakan siasatan tindakan tatatertib terhadap pensyarah berkenaan.

Hal ini bagi memberi pengajaran kepada ahli akademik mahupun sesiapa sahaja dalam menghayati erti kemanusiaan.

Sungguhpun kami merasakan bahawa pensyarah itu mengherdik kerana keperluan kursus untuk memiliki komputer riba, tetapi merendahkan-rendahkan pelajar tersebut setelah dia mengatakan keadaan keluarganya yang tidak berkemampuan adalah tidak boleh diterima dan jelas bersikap angkuh.

The post Pensyarah Marah Pelajar Tiada Laptop Didesak Dikenakan Tindakan – Pertubuhan Pelajar appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...