loading...

Tuesday, 29 March 2022

Lelaki Bunuh Diri Tiga Hari Sebelum Majlis, Tertekan Buat Persiapan Kahwin

Tiga hari sebelum majlis perkahwinan berlangsung

Kejadian ini dilaporkan berlaku di sebuah kebun Desa Pinggan, Bali, Indonesia. Menurut halaman utusan, seorang lelaki ditemukan mati dalam keadaan tergantung di pokok nangka.

Jurucakap polis Bangli, Sarta mendakwa lelaki itu membunuh diri kerana mangsa tertekan membuat persiapan perkhawinan.

“Mangsa didakwa mengalami tekanan dan terbeban ketika membuat persiapan perkhawinan yang bakal berlangsung dalam tempoh terdekat,” ujar jurucakap polis Bangli kepada CNN Indonesia.

Menurut sumber yang sah, mangsa yang berusia 26 tahun itu dikatakan terlalu bimbang mengenai persiapan perkhawinan. Dia menganggap terlalu banyak persiapan perlu dilakukan.

Sumber – halaman Utusan

Sempat bertemu di mesyuarat keluarga

Dalam pada itu, bakal isteri mangsa menjelaskan pada malam sebelum lelaki itu mati, mereka sempat mengadakan mesyuarat mengenai proses persiapan perkhawinan bersama ahli keluarga.

Berdasarkan keterangan Sarta, selepas mesyuarat itu, mangsa pulang ke rumah dan bakal isteri mangsa cuba menghubunginya tetapi gagal.

Malahan, bakal isteri mangsa juga menghubungi keluarga bakal suaminya untuk menanyakan keadaan bakal suaminya.

Mangsa ditemukan maut gantung diri

“Tidak lama kemudian, keluarga tersebut dimaklumkan mangsa ditemukan maut gantung diri di pokok berhampiran rumah mereka,” ujar Sarta kepada media Indonesia.

Salah seorang saksi yang merupakan pelajar sekolah menengah memberitahu ketika dia melalui kawasan itu, dia ternampak mayat lelaki itu tergantung pada pokok. Dengan segera, dia memaklumkan kepada penduduk kampung.

Sementara itu, tiada kesan pergelutan ditemukan pada badan mangsa mengikut laporan semasa pihak polis. Keluarga mangsa menolak bedah siasat dilakukan dan reda dengan kematian mangsa.

The post Lelaki Bunuh Diri Tiga Hari Sebelum Majlis, Tertekan Buat Persiapan Kahwin appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...