Jodoh dan maut merupakan salah satu rahsia dan tiada satu pun manusia yang mengetahui berkaitannya.
Walau setia mana pun diri anda dan betapa hebatnya rancangan anda, namun jika bukan jodoh anda, perkara itu tetap tidak berlaku.
Tanpa anda sedari, jodoh anda hanya dekat dengan diri anda dan tidak perlu perkenalan yang terlalu lama.
Beberapa hari lalu, perkongsian oleh akaun peribadi @nikhalumatulsaadiah di aplikasi TikTok telah mendapat pelbagai reaksi dari warganet.
Berikut di bawah video tersebut:
Menerusi video yang dimuatnaik terlihat seorang pengantin perempuan dan warga emas yang memakai pakaian sedondon berwarna putih.
Difahamkan, pengantin perempuan ini berkongsikan kenangan di majlis akad nikahnya.
Tahniah selamat pengantin baru
Malahan, warganet menyangka bahawa warga emas yang berada di sampingnya adalah ayahnya.
Pemilik video ini menjelaskan bahawa itu bukan ayahnya tetapi suaminya yang sah.
Walaupun usia yang jauh nampak berbeza, pasangan ini kelihatan bahagia.
Bahagia bukan dari segi umur, semoga kekal abadi
Pasangan ini mendapat perhatian ramai kerana melihat perbezaan ketara di antara mereka. Rata-rata netizen mendoakan kebahagiaan mereka dan ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama.
“Jodoh ajal maut kita sendiri pun kita tak tahu kan ? Jadi jangan gelak sindir2 kan orang. Jangan menaip ikut dan apa kita rasa,” komen seorang pengguna.
“Yang mana belum khawin lagi jangan risau… jodoh korang tengah tadika macam aku dengan suami.. aku 22 suami 35,” ujar seorang netizen.
Berikut komen lain dari netizen:
The post “Maaf Ingatkan Ayah Tadi…” – Pasangan Pengantin Jadi Perhatian, Jarak Umur Bukan Penghalang appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment