loading...

Wednesday, 23 March 2022

‘Takut Dia Memendam Bila Dipaksa..’ – Anak Menangis Tak Nak Duduk Asrama

Musim persekolahan telah tiba, ibu bapa mengambil peluang mendaftar anak-anak bersekolah di sekolah berasrama penuh.

Bukan sahaja membuatkan anak-anak menjadi lebih berdikari dan berdisplin, malah mereka dapat menjimatkan masa pelajar.

Beberapa hari lalu, tular di aplikasi TikTok perkongsian seorang ibu mengenai anaknya yang menangis tak nak duduk asrama.

Berikut di bawah video tersebut:

@sophiesophiaawerra

hri pertma masuk asrama punya la semangat …masuk hri ke 3 bengkak2 sda mata…nda tahan sda rindu dia sma ibu…

♬ suara asli – Hai Journey – Hai Journey

Menangis dan merayu ingin pulang selepas tiga hari

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang budak perempuan sedang berlari dalam hujan yang renyai-renyai itu menuju ke kereta ibunya.

Setibanya di kereta, dia juga menangis dan merayu kepada ibunya untuk pulang ke rumah. Difahamkan, anaknya baru berusia 11 tahun dan beliau telah mendaftarkan anaknya ke sekolah berasrama.

“Hari pertama masuk asrama punya la semangat.. masuk hari ke 3 bengkak2 sudah mata… tidak tahan sudah rindu dia sama ibu,” ujar wanita ini dalam ruangan komen.

Wanita ini menjelaskan anaknya hanya bertahan selama tiga hari dan dia tidak boleh menahan rasa rindu terhadapnya ibunya.

“Takut dia memendam bila dipaksa” – netizen.

Meninjau ruangan komen, segelintir netizen tidak bersetuju dengan tindakan wanita ini dan berharap dia tidak melakukan perkara yang tidak disukai anak-anak.

Ada juga netizen yang berpendapat, ibu bapa harus memberikan masa kepada anak-anak mereka untuk menyesuaikan diri.

“Kalau anak xboleh nak duk asrama…jgn paksa…biarla sek biasa…ada depan mata…takut dia memendam bila dipaksa,” komen seorang warganet.

“Aku mcm ni la..depan mak elok je..tp lepas je mak balik,menangis sorang2 dlm bilik mandi. serius rasa mcm ditinggalkan..tp zmn asrama best,” ujar seorang pengguna.

Berikut antara komen dari netizen:

Sumber – Twitter

The post ‘Takut Dia Memendam Bila Dipaksa..’ – Anak Menangis Tak Nak Duduk Asrama appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...