loading...

Wednesday, 9 March 2022

Baru Nak ‘Happy’ Lepas Kuarantin, Gadis Emosi Sampai Gigi Tercabut

Rate this post

Baru sahaja hendak ‘meraikan’ hari terakhir kuarantin, ketika seorang gadis meluahkan kekecewaan bertukar havoc apabila gigi depan patah sehingga menimbulkan rasa jenaka di kalangan netizen.

Video yang dimuatnaik di aplikasi TikTok, Nur Fatihah Mazlan berkata, giginya mula sakit pada hari pertama positif kuarantin sebelum tiba-tiba ‘cabut’ pada hari terakhir kuarantin.

@ftzln97

Ingat kan last day kuarantine boleh happy🥲 rupanya x leh senyum terus lepas nii😭😭😭

♬ original sound – Fatihah Mazlan

“Ingatkan hari terakhir kuarantie boleh happg. Rupanya tak boleh senyum terus lepas nii,” tulisnya mengenang nasib diri.

Menurut gadis berusia 25 tahun itu, dia mengakui perasaannya bercampur baur antara sedih dan jenaka ketika menceritakan detik-detik giginya kepada pengguna TikTok.

Bercerita lanjut, Nur Fatihah berkata, dia sedang menikmati piza sebelum terasa sesuatu di mulutnya ketika mengunyah dan terkejut dengan keadaan giginya itu.

Video berkenaan kini telah mendapat 3.8 juta tontonan sejak dimuatnaik.

“Gigi depan ni dah sakit hari pertama sampai ketiga. Lepas tu, semalam hari terakhir pesan Pizaa. Takde terlanggar apa-apa.

“Cuma sebelah gigi yang patah ni, pun dah lama tiada sejak 2016. Gigi tu pula teman gigi sebelah balik ke ‘rahmatullah’,” katanya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen rasa geli hati dengan gelagat gadis itu.

The post Baru Nak ‘Happy’ Lepas Kuarantin, Gadis Emosi Sampai Gigi Tercabut appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...