Konflik antara Rusia dan Ukraine telah menimbulkan rasa duka di seluruh dunia.
Tragedi berdarah ini bukan hanya meragut nyawa yang tidak berdosa, malahan menyebabkan pelbagai kemusnahan bangunan.
Seorang wanita muda selamat melahirkan bayi perempuannya semasa bersembunyi daripada serangan Rusia di stesen kereta api bawah tanah Kyiv.
Dia dan bayinya dilaporkan selamat dan tidak cedera.
Menurut Daily Star, wanita berkenaan dikatakan berusia 23 tahun, melahirkan bayi perempuannya bernama Mia pada malam Jumaat ketika tentera Putin meneruskan serangan ke atas Ukraine dan mara ke ibu negara.
Dia bersembunyi daripada tembakan di sebuah pusat perlindungan di bandar apabila tembakan bermula di luar dan jeritannya didengari oleh pihak polis bergegas menyelamatkan wanita ini.
Pengerusi Persidangan Demokrasi Dalam Tindakan, Hannah Hopko, berkongsi gambar wanita tersebut yang memegang tangan kecil anaknya di tempat perlindungan secara online.
Kelahiran bayi tersebut sebagai tanda harapan, walaupun negara itu sedang dilanda kesedihan.
Ini juga menjadi harapan di tengah-tengah kengerian perang yang sedang diperhatikan dunia. Ibu bayi perempuan itu gembira dia dapat bersalin dengan selamat walaupun negaranya sedang menghadapi peperangan.
Sementara itu, seorang doktor mendedahkan bahawa seorang bayi lelaki dilahirkan di sebuah hospital bersebelahan bangunan pangsapuri yang terkena letupan itu.
Berita yang memberi harapan
Mengulas kelahiran bayi berkenaan di ruang komen, sebahagian besar netizen senang dengan kelahiran bayi Mia.
Bahkan, ada juga yang berpandangan Mia sebagai keajaiban kecil yang memberi harapan kepada warga Ukraine.
“Anda hebat dan memberi inspirasi kepada kami!,” komen seorang pembaca.
“Tahniah pada bayi anda yang baru lahir. Betapa sedihnya dia dilahirkan dalam peperangan ini yang kamu semua tidak minta. Hati saya bersama kamu semua. Kekal selamat, kuatkan diri,” tulis netizen.
The post “A Little Joy Amongst The Darkness” – Seorang Wanita Melahirkan Bayi Di Stesen Kereta Api Bawah Tanah Ukraine appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment