Difahamkan, penyanyi Usop telah disatukan dengan pilihan hatinya, Nur Fatihah Md Hashim, 4 Februari lalu dengan sekali lafaz di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Pulau Pinang.
Baru beberapa hari mendirikan rumah tangga, nama panggilan Usop dan isterinya mendapat perhatian netizen apabila menyifatkan diri mereka sebagai ‘mummy‘ dan ‘daddy‘.
Memetik di Instagram, pemilik nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor mengucapkan terima kasih kepada isteri tercinta kerana menerima dirinya seadanya.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 25 tahun ini juga berjanji akan menjaga isterinya hingga ke akhir nafasnya dan berharap agar ‘masjid’ yang dibina itu berkekalan hingga ke syurga.
“Terima kasih mmy kerana terima daddy seadanya..insyallah daddy akan jaga mmy sampai ke akhir hayat daddy dan daddy harap perkahwinan ni berkekalan sampai ke jannah…amin.” – tulisnya di ruangan kapsyen.
Panggil mummy daddy, pelbagai respon dari netizen
Melihat di ruangan komen instagram beliau, panggilan manja berkenaan telah mengundang pelbagai reaksi netizen dan juga rakan artis.
Malah, ada juga dalam kalangan mereka yang mendoakan semoga rumah tangga yang baru berkahwin ini berkekalan hingga ke Jannah.
The post Usop Tak Kekok Panggil Isteri ‘Mummy’ appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment