Tular di halaman Facebook PenangKini, seorang wanita panik ketika mengetahui dompet kecil yang berisi perhiasan emas tidak sengaja terbuang ke tempat sampah pada pagi Ahad.
Setelah meminta pertolongan dari petugas kebersihan, dompet tersebut berhasil ditemukan.
“Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.. semua yang terjadi atas izin dari-Mu dan Allah hantar orang lain asbab untuk jumpa kembali,” tulis wanita itu.
Wanita yang dikenali sebagai Yaya ini tidak sengaja membuang dompet kecilnya ke dalam tong sampah. Setelah dia sedar, tong sampah tersebut sudah kosong kerana diambil oleh pekerja pembersihan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).
“Tetap juga korek sampah, mana tahu terjumpa. Tapi gelabah dan minta tolong abang cari kot-kot terjumpa lori MBSP sebab mereka dah kutip sampah dalam pukul 7.45 pagi. Masa tersedar tu dah pukul 9 lebih.
“Dalam hati ni nak kata reda dan tak reda sama banyak. Terus terdetik… Allahu apalah salah diri ni Allah uji sampai macam tu sekali.
“Sebab emas waktu-waktu terdesak memang sangat-sangat perlu. Air mata ni memang tak keluar sebab otak dah jadi blur. Perasaan sedih dan macam-macam,” ujarnya kepada mStar.
Berkat kesungguhan dan keikhlasan para pekerja yang membantu mencari di timbunan sampah Tasik Gelugor, akhirnya dompet yang berisi perhiasan emas berhasil ditemukan.
Dalam pukul 13.30, abang Yaya video call dan tunjuk emas itu dengan pekerja-pekerja MBSP. Dia menangis tersedu-sedu tak tahu mengucapkan bagaimana perasaannya ketika itu.
Yaya pun tak berhenti mengucapkan syukur karena perhiasan emasnya bisa berjaya ditemukan. Dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua pekerja MBSP dan semua yang bertugas di Seberang Perai Utara kerana sanggup korbankan masa dan tenaga.
“Semoga Allah murahkan rezeki kalian dan dipermudahkan urusan dunia akhirat serta berada dalam lindungan Allah,” ujarnya lagi. Netizen memuji tindakan dan sikap ikhlas pekerja pembersihan itu.
Berikut antara komen netizen:
The post “Tetap Juga Korek Sampah, Mana Tahu Terjumpa” – WanitaTerbuang Dompet Barang Kemas appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment