loading...

Tuesday, 22 February 2022

Penyewa Dari Syurga Mahu Pindah, Owner Menangis Sampai Nak Beri Rumah ‘Free’

Rate this post

Biasanya, bila ada perkongsian di media sosial mengenai penyewa rumah, perkongsian tersebut kisah tuan rumah meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap individu yang digelar ‘penyewa dari neraka’.

Lain pula kisah berikut ini, kisah yang dikongsikan oleh seorang doktor pediatrik mengenai bapanya yang merupakan seorang ejen hartanah, benar-benar menyentuh hati.

Susulan catatan di Facebook, Dr Redza Zainol berkongsi kisah yang menceritakan kisah bapanya yang merupakan seorang ejen hartanah dan penyewanya.

Dah hampir 25 tahun ayah jadi ejen hartanah. Sampai ke hari ni ayah masih bekerja, cuma lebih santai. Buat sekadar mengisi masa, buat sebab minat.

“Ayah pun mulakan cerita. Semalam ada seorang pemilik rumah minta ayah pergi ke rumah sewanya. Dia kata penyewa nak keluar dari rumah.

“Sempat pemilik rumah tu pesan pada ayah saya, ‘nanti kalau jumpa dia, tolong cakap baik-baik dengan dia. Dia dah 20 tahun sewa rumah saya tu’.

Foto ilustrasi sahaja.

Penyewa terbabit telah menetap di flat tersebut selama 20 tahun

“Terkejut ayah. Rupanya dia dah menyewa flat tu sejak umur 18 tahun. Dari bujang sampai dah beranak pinak.

“Dia budak bagus, bayar sewa elok. Rumah pun dia jaga elok. Ayah mengangguk,” tulis doktor itu.

Tiba hari yang dijanjikan, bapa doktor tersebut melawat rumah sewa tersebut tetapi dia sudah tidak berpenghuni.

“Bila ayah hubungi penyewa, dia kata dia dah balik ke kampung. Kunci rumah dia sorokkan bawah karpet tepi pintu.

“Ayah masuk rumah dan tengok semua barang masih ada lagi.

“Peti sejuk, meja, mesin basuh, perabot semuanya terletak elok. Encik, barang encik semua ada kat sini…

Kisah yang menyentuh hati itu dikongsikan oleh Dr Redza menerusi catatan di Facebook.

Sumber – facebook

Belum sempat ayah saya habis bersuara, penyewa tu cakap yang dia sebenarnya dah tinggalkan semua kat situ.

“Saya sebenarnya tak mampu nak sewa lori untuk pindah rumah. Saya baru keluar kerja.”

“Waktu saya dengar, badan terasa sejuk. Hati ada bermacam rasa. Sedihnya alahai,” cerita doktor yang bertugas di Hospital Muar itu.

Menurut Dr Redza, bapanya kemudian menghubungi pemilik rumah sewa dan menceritakan segala perbualannya dengan penyewa berkenaan.

Tanpa disangka, reaksi pemiliknya benar-benar membuatkan ayahnya terkesima dan kagum dengan sikap lelaki itu.

“Waktu ayah ceritakan tu, pemilik rumah tu menangis. Zainal, you tau tak dia ni sewa rumah saya sampai habis loan rumah saya. Dialah yang tolong bayarkan rumah saya ni sebenarnya.

“Sekarang, saya nak dia duduk rumah tu percuma. Selama mana yang dia nak.

“Bukan tu je, apa-apa kerosakan pada rumah tu, dia (pemilik) akan baiki secara percuma. Ayah kata, bukan penyewa je yang baik, pemilik rumah tu pun baik.

“Selama 20 tahun, dia tak pernah naikkan langsung sewa rumah tu. Saya terkedu.

Sumber – facebook

Dr Redza sering berkongsi tentang isu kesihatan kanak-kanak dan isu semasa di Facebook.

“Ini satu dari ribuan cerita rakyat Malaysia sekarang. Ada yang rajin bekerja tapi dibuang kerja.

“Ada yang kerja tak kira masa tapi masih tak cukup duit nak beli makanan untuk anak.

“Menyewa tapi jaga rumah orang lain macam harta kita sendiri, itu perbuatan mulia. Kebaikan itu akan dibalas tak di dunia, pasti dibalas di akhirat,” tulisnya lagi.

The post Penyewa Dari Syurga Mahu Pindah, Owner Menangis Sampai Nak Beri Rumah ‘Free’ appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...