loading...

Sunday, 20 February 2022

Peniaga Bundle Mahu Jual Topi Vintage Usia Lebih 50 Tahun Pada Harga RM800,000

Rate this post

Semakin dilaur jangkaan, barangan bundle yang ‘rare‘ semakin diluar jangkaan diletakkan pada harga tinggi oleh penjual barangan bundle.

Terbaharu di media sosial, seorang penjual barangan bundle yang cukup dikenali telah menawarkan harga sebiji topi keluaran lama semahal sebuah harga kereta Ferrari ‘second hand’.

Dikeluarkan sebelum Perang Dunia ke-2

Sumber foto – facebook

Topi lama yang tertera perkataan Pepsi Cola dengan gaya klasik itu dikatakan dikeluarkan sebelum Perang Dunia ke-2 ditawarkan pada harga yang langsung tidak masuk akal, sebanyak RM800,000.

Ada tak sahabat Aliff Channel yang sanggup nak beli? Mungin andalah orang yang dia cari.

Mendapat pelbagai reaksi dari netizen

Sumber foto – facebook

Rata-rata netizen turut terkejut dengan harga yang ditawarkan dan juga ada yang mempertikaikan berkenaan keadaan topi tersebut yang masih kelihatan seperti baharu walaupun telah berusia lebih 50 tahun.

“Harga betul-betul mahal ni, nak pula orang beli dengan harga sebiji banglo ni. Sampai RM800,000 harga sebiji topi.

“Kalau kaya macam mana pun tak kan aku beli semata-mata nak pakai di kepala, habis tidak simpan dalam almari

“Tak beragak abang ni, tapi golongan ni tak boleh tegur nanti ada lah cakap ‘demo tak kenal bare’.

“Kenal atau tak tapi bagi aku biarlah kena dengan barang tu. Mungkin ada kot orang nak beli tu yang dia berani offer harga tinggi. Semoga berjaya!

The post Peniaga Bundle Mahu Jual Topi Vintage Usia Lebih 50 Tahun Pada Harga RM800,000 appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...