Situasi cemas dialami oleh para penumpang kapal terbang dipercayai dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Tawau, Sabah pada Rabu lepas.
Meneruskan video tular yang berdurasi 15 saat yang dikongsikan ke laman TikTok, seekor ular dilihat menyusur di sepanjang bahagian dalam lampu kapal terbang.
Menurut penghantar video yang juga merupakan penumpang kapal terbang itu, pendaratan cemas itu terpaksa dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuching, Sarawak.
Video yang dikongsinya itu turut mendapat reaksi komen dari beberapa penumpang lain yang terlibat dalam situasi berkenaan.
Seperti dalam filem Hollywood, Snakes on a Plane!
“Ya, saya ada juga dalam flight ni… kapten cakap terpaksa landing kat Kuching sebab cuaca bvruk di Tawau padahal family kawan saya cakap cuaca di Tawau baik-baik saja.
“Time tu kitaorang memang dah agak ni mesti sebab nak keluarkan ular tu dulu. Tapi kapten cakap cuaca burvk kat Tawau dan terpaksa landing di Kuching.
“Penerbangan yang penuh dengan ujian sebenarnya. Awal mula flight 9 Februari diaorang cancel. So saya tukar tarikh 10 Februari.
“Asalnya flight pukul 12.50 tengah hari, lepas tu tukar 2.10 petang, lepas tu 3.25 petang dan last 4.40 petang. Tu pun start gerak 5.30 petang dan last sangkut kat Kuching pula,” katanya di ruangan komen video tular itu.
Antara penumpang pesawat yang menceritakan situasi dialami.
Ada juga penumpang lain yang menyangka pada mulanya penerbangan dihentikan berikutan hujan lebat tetapi pelik kerana terdapat bom di hadapan pintu kapal terbang.
“Ingatkan landing kat Kuching tadi (Rabu) sebab hujan lebat… tu hairan kenapa ada bomba depan pintu kapal,” ujarnya.
Ada juga penumpang kapal terbang yang hanya mengetahui sebab kapal terbang itu dihentikan selepas melihat video tular itu.
Sementara itu, ada pengguna TikTok menyamakan kejadian itu dengan filem aksi Snakes on a Plane yang disiarkan pada tahun 2006.
“Ya Allah, saya teringat kisah ular dalam kapal terbang, sejak itu saya fobia setiap kali menaiki (kapal terbang),” katanya.
“Samuel L Jackson… di mana?” kata netizen lain.
Antara komen lain netizen pula
“Imagine kalau bukan seekor je kat situ. Make sure no more, fob1a betul,” tambah seorang lagi netizen.
Ada yang meninggalkan komen jenaka “nasib baik dalam lampu, kalau muncul kat toilet… mau piau berlanggar sana sini”
“Pandai juga dia nak bercuti”.
The post Kecoh Ular ‘Naik’ Kapal Terbang ke Sabah! Penumpang Sangka Pendaratan Kecemasan Sebab Cuaca appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment