Masihkah anda ingat lagi dengan seorang pelakon kanak-kanak yang pernah menjadi tular dengan lakonannya sebagai kanak-kanak bernama Munni.
“Munni” yang bersama pelakon terkenal Bollywood, Salman Khan dalam filem berjudul Bhajrangi Bhaijaan yang telah menjadi box office di seluruh dunia satu ketika dahulu.
Filem Bhajrangi Bhaijaan ini ditayangkan sekitar tahun 2015 dan pada masa itu pelakon kanak-kanak itu masuk baru berusia 7 tahun.
Pelakon kanak-kanak itu, nama sebenarnya adalah Harshaali Malhotra.
Lakonan hebatnya membuatkan ramai tersentuh hati apabila menonton filem tersebut.
‘Munni’ muatnaik video terbaharu di TikTok
@harshaalimalhotra_03 My Name, Trend #harshaaliMalhotra #tredingmyvideos ♬ original sound – Munni (Harshaali Malhotra)
Perkembangan terbaharu pelakon kecil ini, dia kini berusia 13 tahun, sudah pun bergelar remaja.
Baru-baru ini, video milik Harshaali Malhotra telah mendapat perhatian ramai selepas dimuat naik melalui akaun TikTok miliknya.
Susulan daripada video terbaharu itu, video tersebut menggambarkan nama watak yang pernah mempopularkan dirinya, iaitu Munni.
Penampilan terbarunya turut menarik minat penonton kerana ‘Munni’ dilihat semakin berusia dan semakin remaja.
Melihat ke ruangan komen di video TikTok tersebut, rata-rata peminat pelakon kanak-kanak itu meninggalkan komen positif yang mereka suka lakonannya sebagai Munni dalam filem tersebut walaupun filem tersebut telah lama ditayangkan.
Ada juga antara netizen yang menyatakan mereka menonton filem tersebut sehingga berulang kali.
P/S: Lebih comel lagi nampaknya.
The post “Laa, Dah Besar Dia Ni!” – Penampilan Terkini Pelakon Bollywood ‘Munni’ appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment