Memiliki wang yang mencukupi sudah tentu boleh membuatkan kehidupan anda tenang dalam menjalani kehidupan.
Tetapi, apa akan jadi jika wang itu digunakan untuk memanjakan diri.
Sedar atau tidak, sebahagian daripada wang yang anda miliki hilang tanpa disedari untuk perkara kecil yang tidak kelihatan dalam kehidupan seharian.
Apakah perkara-perkara kecil ini? Berikut adalah beberapa perkara kecil yang boleh membuat wang anda habis tanpa anda sedari.
Lepak
Lepak atau hangout dengan kawan-kawan boleh menjadi salah satu punca perbelanjaan kecil yang tidak dirasai. Dalam sekali hangout bersama kawan-kawan, wang yang dibazirkan pasti tidak akan dirasai.
Tetapi, bagaimana jika ini dilakukan secara berkala pada setiap minggu atau dilakukan setiap hari? Sudah tentu duit akan cepat habis tanpa disedari.
Langganan
Pada zaman sekarang yang segalanya semakin canggih membuatkan ramai yang ingin menikmati segala-galanya walaupun terpaksa melanggan.
Seperti gim, aplikasi penstriman filem & siri tv, malah melanggan makanan.
Memetik dari laman CNN Money, perkara-perkara ini tanpa disedari akan menyebabkan wang cepat habis, lebih-lebih lagi jika dilakukan pada setiap hari.
Aplikasi pesanan makanan dalam talian
Aplikasi yang menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan biasanya menjadi punca utama perbelanjaan yang tidak terkawal.
Jika terdapat diskaun sekalipun, jika anda tiada bajet, perbelanjaan besar macam ini pasti membuat anda tidak terasa menghabiskan wang dalam aplikasi makanan.
Kediaman
Memetik dari portal Medium, kos sewa rumah atau bayar bulanan rumah yang dibeli yang melebihi suku dari jumlah pendapatan diterima boleh menjadi salah satu punca wang cepat habis.
Sebaliknya, rumah sewa seharusnya tidak melebihi suku daripada jumlah pendapatan anda. Agar duit tidak habis dan masih boleh digunakan untuk tujuan lain.
Pengangkutan dalam talian
Bukan sahaja aplikasi makanan dalam talian, menggunakan aplikasi pengangkutan dalam talian juga boleh menyebabkan wang cepat habis tanpa disedari.
Menggunakan pengangkutan awam yang lebih murah atau berjalan kaki boleh menjadi salah satu cara untuk mengurangkan penggunaan pengangkutan dalam talian harian.
The post 5 Perkara Kecil Punca Duit Cepat Habis Tanpa Disedari appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment