loading...

Tuesday, 15 February 2022

Iqram Dinzly Buat Comeback Dalam Dunia Lakonan, Kembali Dari ‘GiIa’

Rate this post

Pelakon sensasi, Iqram Dinzly bangkit kembali setelah menerima pelbagai cercaan dan kata-kata kesat dari netizen. Artis ini pernah dikatakan gila, sakit jiwa dan tidak siuman.

Sikapnya yang pelik dan keterlaluan merisaukan masyarakat. Namun begitu, yang dapat mengesahkan apakah dirinya normal atau gila hanyalah dirinya sendiri.

Menerusi perkongsian video milik instagramnya, beliau seolah tersasar jauh dari hidup. Hal ini bertambah buruk, apabila mata yang memerhati Iqram terus menghukumnya dan melemparkan persepsi buruk.

Individu terbabit mengatakan bahawa Iqram menuntut ajaran sesat atau mengambil bahan terlarang. Mana tidaknya, perilaku Iqram seperti manusia tidak siuman.

Bagaimanapun, Iqram bertegas bahawa dia sedang mencari dirinya sendiri. Tindakannya itu bukan hanya memberi kesan buruk pada diri dan keluarga, malah kerjaya lakonannya.

Keberkesanan lakonan Iqram Dinzly menerusi Drama Hati Yang Dikhianati mendapat reaksi baik dari netizen dan menaikkan namanya kembali.

Malahan, barisan pelakon Shah Iskandar, Amar Bahrin, Zamarul Hisyam dan pengarah terkenal Bade Azmi juga memuji komitmen dan kredibilitinya sebagai pelakon.

Setelah terlalu lama terumbang-ambing dan terpalit isu masalah mental, Iqram kembali berlakon.

“Ya, saya sedang aktif berlakon. Allah sudah susunkan masa terbaik untuk saya kembali menyemarakkan industri seni.

“Pada masa sama, kebanyakan syarikat produksi sedang rancak melaksanakan penggambaran, jadi, mengapa tidak mahu mencubanya.

“Alhamdulillah, persahabatan terjalin antara saya dan rakan pelakon drama Hati Yang Dikhianati membantu memberi impak baik untuk saya membina keserasian bersama rakan pelakon.

Dan, ini juga hasil pengalaman saya selama 15 tahun sebagai anak seni, apatah lagi, melalui pelbagai kontroversi,” ujarnya kepada BH Online.

Watak Azlan lakonan Iqram Dinzly tidak ubah seperti karakter sebenarnya]


Saya bersyukur, pengarah, Bade memberikan sentuhan magis hingga membuatkan watak Azlan benar-benar hidup.

Saya akui tidak seperti Iqram Dinzly dahulu yang metroseksual dan menjaga penampilan, tetapi, sekarang saya hanya jalan sahaja. Alhamdulillah,” ucapnya.

Iqram juga menafikan tanggapan syarikat produksi enggan dan takut untuk mengambilnya berlakon disebabkan kontroversi dan kelakuannya dalam laman Instagram.

Tidak logik ada yang takut memberi tawaran lakonan kepada saya. Sebab mereka lebih takutkan saya daripada Allah.

Bagaimanapun, saya tidak pernah merasakan diri saya bagus atau hebat. Saya hanyalah pejuang berjiwa seni. Menerusi seni inilah saya jadikan platform membuktikan persepsi netizen salah sama sekali,” katanya.

Pelakon dari drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan Memori Cinta Suraya ini, berjaya menempuh pelbagai komen buruk yang dilontarkan netizen.

Dari segi sudut mental, saya bukanlah hebat, tetapi saya dapat membuktikan kebenaran di sebalik kemungkaran.

Saya melontarkan api bagi menyemarakkan jiwa netizen yang merasakan mereka hebat dan berkuasa dalam media sosial,” ujarnya.

Selain bidang lakonan, Iqram juga mendapat tawaran dalam bidang lain. Walau bagaimanapun, Iqram ingin merahsiakannya kerana sibuk menyiapkan penggambaran drama Hati Yang Dikhianati.

Dalam pada masa sama, saya juga menjayakan drama Lockdown arahan Erma Fatima. Saya bergandingan bersama Elly Mazlein, Rosnah Mat Aris, Fatin Siregar Tamimi dan Nadya Syahera,” ujarnya.

Sebelum ini, laman Instagram Iqram pernah mencapai ‘impression’ sebanyak 44 juta pelayar dalam Instagram Business Tool sebelum disekat. Malahan, kebanyakan ‘live video’ ditonton hampir 10,000 orang pada 2018.

The post Iqram Dinzly Buat Comeback Dalam Dunia Lakonan, Kembali Dari ‘GiIa’ appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...