Tabiat menggigit kuku merupakan satu aktiviti yang boleh mengganggu kesihatan badan, salah satunya jangkitan kuku jari, masalah gigi, dan boleh menyebabkan sakit perut.
Kuku yang sering digigit akan menyebabkan kulit halus di bawah kuku kelihatan dan ini akan menyebabkan anda mudah terdedah kepada bakteria dan akhirnya jangkitan pada kuku terjadi.
Bukan itu sahaja, aktiviti menggigit kuku dengan gigi akan membuatkan kuman dan bakteria yang berada di bawah kuku yang kotor akan dibawa ke saluran penghadaman, dan ia akan menyebabkan sakit perut.
Jadi, adalah sangat penting untuk menghentikan tabiat ini supaya anda mengelakkan pelbagai masalah kesihatan.
Meringkaskan dari laman hellosehat, berikut adalah lima cara untuk menghentikan tabiat buruk menggigit kuku dengan gigi.
Pastikan kuku pendek
Apabila kuku anda panjang, anda lebih cenderung untuk menggigitnya. Jadi dengan mengekalkan kuku pendek, ini akan membuat keinginan itu hilang.
Lakukan manicure dan pedicure
Kuku yang selalu dilakukan manicure dan pedicure akan menjadikan kuku kemas dan bersih. Supaya tidak ada peluang untuk tertarik menggigitnya dengan gigi.
Menggunakan pengilat kuku
Cara seterusnya anda boleh menghentikan tabiat menggigit kuku adalah dengan menggunakan pengilat kuku.
Ya, pengilat kuku membuatkan anda tidak berani lagi menggigitnya, kerana rasa pahit pengilat kuku itu.
Pastikan tangan atau mulut anda sibuk
Biasanya anda akan melakukan tabiat menggigit kuku apabila anda tiada apa-apa lagi aktiviti yang perlu anda lakukan.
Anda akan cukup bebas untuk melakukan tabiat buruk ini jika anda santai.
Jadi, sibukkan tangan dan mulut anda akan mengalihkan perhatian anda dan melupakan untuk menggigit kuku.
Minta bantuan orang lain
Aktiviti menggigit kuku dengan gigi adalah aktiviti yang berkaitan dengan keinginan dan tabiat seseorang itu sendiri.
Jadi anda memerlukan orang lain untuk menghentikan tabiat itu.
Minta bantuan ibu bapa atau pasangan anda untuk mengingatkan anda malah melarang jika anda mula menggigit kuku.
Itulah tadi lima cara anda boleh berhenti menggigit kuku anda. Semoga bermanfaat!
The post 5 Cara Hentikan Tabiat Menggigit Kuku appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment