loading...

Wednesday, 16 February 2022

“Saya Agak Dapat Dari Kucing” – Video Ini Mencapai 18 Juta Tontonan

Rate this post

Telinga seorang kanak-kanak perempuan menjadi bengkak dan kemerahan setelah menjadi tempat tinggal sementara dua ekor senkenit.

Rata-rata netizen simpati dan turut bimbang dengan keadaan tersebut setelah melihat video yang dikongsi ibunya. Kanak-kanak yang berusia lima tahun ini meraung kesakitan.

Anaknya Siti Hajar Husna Abdul Rashid yang dipanggil Una, mengadu sakit pada bahagian telinga pada waktu malam sabtu lalu, ujar Zuraina Moha Zukri, 42, ibu kanak-kanak malang itu bercakap kepada mStar.

Sumber Tik Tok

“Kalau tengok saiz sengkenit itu dah besar sama dengan butir nasi. Maksudnya dah lama haiwan itu tumpeng telinga dia.

“Malam itu dia mengadu dekat saya sakit telinga. Saya pun cuba tengok dekat celahan telinga sebab nampak macam benkak dan merah.

“Rupanya bila saya check, dua-dua belah telinga dia ada benda warna hitam melekat. Saya dah risau sebab sengkenit itu ada di celah-celah… agak susah nak cabut keluar,” kata wanita tersebut yang lebih mesra dipanggil Kak Na ini.

Kak Na ibu kepada lima cahaya mata ini, menetap di Setiu, Terengganu. Wanita ini kemudian menyapu sejenis minyak berasakan daun bidara agar sengkenit itu mudah dikeluarkan.

“Saya pun terkejut masa tengok sebab kutu itu sudah besar, siap periksa dalam telinga juga sebab takut ada, sebab ini bukan pertama kali dia kena. Sebelum ini dah kena gigit macam ni, tapi Alhamdulillah dalam telinga tak ada.

“Saya sapu minyak itu dalam 20 minit sebelum cuba keluarkannya. Kalau terus tarik macam tu je nanti kesian dekat anak sakit,” ujarnya.

Kak Na mengesyaki anaknya dihinggapi kutu sebab bermain dengan kucing peliharaan jirannya

Dia mengeluarkan kutu yang bersaiz agak besar seperti sebutir nasi itu dengan memicitnya menggunakan penyepit sehingga mati.

Anaknya tidak menangis ketika sengkenit pertama pada telinga kiri dikeluarkan. Bagaimanapun, dia meraung kesakitan apabila haiwan kedua di telinga kanannya cuba dibunuh.

Hati seorang ibu luluh ketika melihat anaknya merintih kesakitan menahan rasa gatal yang luar biasa.

“Anak memang suka sangat main kucing jadi saya agak dia dapat dari kucing jiran.

“Saya jugak agak sengkenit dah ada di telinganya selama dua hingga tiga hari. Awal-awal tak akan rasa sakit dan tak perasan sebab saiznya memang sangat kecil, tapi bila dah besar baru akan rasa sakit tu,” jelasnya.

Ini adalah kali ketiga anaknya mengalami pengalaman pahit digigit sengkenit

Gigitan kutu adalah kejadian umum bagi anak-anak yang tinggal di kampung, disebabkan kawasan kampung memiliki suhu sederhana, lembap dan mempunyai banyak binatang untuk ditumpangi seperti burung, reptilia dan mamalia lain.

Wanita ini juga terkejut apabila mendapat lebih dari 8,5 juta views dalam waktu kurang dari sehari setelah dimuat naik di Tik Tok dan mendapat berbagai komen dari netizen.

Komen dari netizen

Bahkan, anaknya sudah serik untuk bermain dengan anak kucing selepas ini.

“Saya dah pesan banyak kali jangan main kucing tapi dia nak juga main. Anak saya ini memang suka kucing.

“Ramai yang bagi tip dekat komen. Saya tak sempat nak baca semua. Tapi Alhamdulillah anak saya OK je.

 “Biasanya orang lain akan deman kalau telinga kiri kanan dah kena sengkenit. Nasib baik anak saya tak deman pun,” ujarnya.

Video:

The post “Saya Agak Dapat Dari Kucing” – Video Ini Mencapai 18 Juta Tontonan appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...