loading...

Sunday, 20 February 2022

Disyaki Kurang Zat, 4 Kanak-kanak Lapar Diselamatkan Dari Rumah Flat Yang Dipenuhi Tahi

Rate this post

Empat kanak-kanak kekurangan zat makanan dan tidak dijaga dengan baik telah diselamatkan dari sebuah rumah flat pangsapuri yang kotor di Kazakhstan.

Kanak-kanak berumur 7, 5, 4 dan 3 tahun itu yang masih tidak boleh bercakap, malah berjalan dengan betul dan sekurang-kurangnya seorang daripada mereka kini telah disahkan menghidap Covid-19.

Ketika ditemui, kanak-kanak itu sudah tiga hari tidak makan dan tiada makanan di rumah

Sumber foto – dailystar

Difahamkan lagi, pangsapuri yang disewa di Ekibastuz, di wilayah timur laut Kazakh Pavlodar, di mana tempat tinggal keluarga itu dipenuhi sampah dan lampin kotor, dan keluarga itu tidak makan sekurang-kurangnya tiga hari.

Sukarelawan tempatan yang menyelamatkan kanak-kanak itu berkata:

“Ada panggilan kepada polis daripada jiran tetangga tentang pertengkaran dan pergaduhan, datang dari apartmen tersebut.

“Setelah tiba, polis melihat keadaan dalam apartmen itu tenang, tetapi menyedari empat kanak-kanak kekurangan zat makanan bersama ibu bapa mereka, hidup tanpa keperluan asas.

“Apabila persatuan kami dimaklumkan, kami segera mengumpulkan makanan, lampin, sabun dan produk sanitari yang telah kami simpan.”

Diselamatkan dan dirawat di hospital

Sumber foto – dailystar

Sukarelawan, Lyudmila Bylinina memberitahu media tempatan:

“Kanak-kanak itu berada di sebuah pangsapuri yang kotor, ada najis, lalat, dan bau air kencing di mana-mana.

“Kanak-kanak itu telanjang, kotor. Mereka tidak semua pandai berjalan. Kanak-kanak perempuan itu mempunyai perut kembung, seorang daripada kanak-kanak lelaki telah muntah selama lebih dua hari, dua kanak-kanak yang lebih besar mempunyai anggota badan yang berpintal. Mereka semua tidak makan selama tiga hari, disebabkan tiada makanan di rumah itu.”

Sukarelawan itu menambah, mereka kemudian menghubungi perkhidmatan kecemasan dan ambulans bagi membawa kanak-kanak dan ibu mereka yang berumur 27 tahun ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan.

Menurut doktor, hanya budak berusia tujuh tahun yang boleh bercakap.

Ibu kanak-kanak itu memberitahu sukarelawan bahawa kesihatan mereka semakin teruk setiap tahun dan kanak-kanak berhenti berjalan kira-kira setahun yang lalu.

Kanak-kanak itu juga tidak pernah didaftarkan dengan pihak berkuasa dan tidak pernah menerima rawatan perubatan.

Keluarga itu telah berpindah ke Ekibastuz tiga tahun lalu dari sebuah perkampungan kecil dan menyewa pangsapuri manakala bapanya menjalankan kerja-kerja sampingan.

Mereka sekeluarga dirawat di Pavlodar Regional Children’s Infectious Diseases Hospital

The post Disyaki Kurang Zat, 4 Kanak-kanak Lapar Diselamatkan Dari Rumah Flat Yang Dipenuhi Tahi appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...