loading...

Wednesday, 23 February 2022

Risau Terlepas Tarikh Lawa 22.2.2022, Suami Minta Isteri Teran Hari Itu Juga

Rate this post

Agaknya, ramai pasangan di luar sana yang mengambil peluang untuk melangsungkan hari perkahwinan pada tarikh 22.2.2022.

Malah, bukan itu sahaja, beberapa selebriti terkenal turut menyambut hari kelahiran anak mereka pada tarikh tersebut.

Suami suruh beranak sebab tarikh cantik 22.2.2022

Antara artis tersebut ialah Ernie Zakri, Kaka Azraff dan juga penyanyi veteran Jamal Abdillah.

Disebabkan itu, lelaki bernama Muhsin juga sempat berseloroh bertanya kepada isterinya Aisyah yang dikurniakan anak pada tarikh yang sama.

Walau bagaimanapun Aisyah yang kelihatan sedang mengah ketika selesai solat hanya mampu memarahi suaminya seolah-olah proses meneran anak boleh dipaksa.

Melihat isterinya tidak berhenti membebel, Muhsin hanya mampu ketawa kerana itu semua hanya gurauan.

@boslat

Bila husband suruh beranak harini sebab tarikh cantik 22.2.22 😅

♬ original sound – Aisyah Habshee fc

“Kalau beranak kat Kedah jadi 02 lagi cantik…Macam order je dia minta, ingat senang”

Melihat di dalam ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat sepasang suami isteri ini.

Pada masa sama, ada juga yang sempat berkongsikan pengalaman berkaitan pemilihan tarikh sah bersalin.

Sumber – TikTok

The post Risau Terlepas Tarikh Lawa 22.2.2022, Suami Minta Isteri Teran Hari Itu Juga appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...