Semua orang mengimpikan perkhawinan yang indah dan memiliki rumah tangga yang bahagia serta berkekalan. Pasangan suami isteri seharusnya saling bertolak ansur dan berbincang jika mempunyai masalah, bukannya terus meletakkan kata putus di sebelah pihak.
Namun begitu, lain pula cerita yang dikongsikan di akaun TikTok @sarafie, seorang Peguam Syarie.
Kisah yang dikongsikan ini mendapat perhatian netizen dan telah mencapai sehingga 210.8 ribu tontonan.
Berikut merupakan video tersebut:
Berkenalan Melalui Media Sosial
Pasangan pengantin baru itu datang ke mahkamah untuk membuat pengesahan cerai. Mereka berkenalan melalui media sosial dan si isteri terpaksa menanggung sedih kerana diceraikan tanpa tahu alasan suaminya.
“Benar, kita semua tak tahu apa isteri buat, apa yang suami hadap. Tapi kita semua tidak setuju dgn tindakan suami menceraikan isterinya begitu,” luah peguam ini di ruangan komen.
Si suami mengambil keputusan keluar dari rumah tanpa memberi penjelasan kepada isterinya. Tanpa diduga, si isteri menerima surat notis dari mahkamah untuk urusan perbicaraan mereka.
“Buat baik bukan kerana kita baik, tapi kerana jahat itu bukan pilihan.”
Malahan, si suami hanya melafazkan talak buat isteri di hadapan rakan-rakannya. Dia tidak menyatakan alasan punca dirinya mahu mengakhiri hubungan itu.
“Baru berkhawin tak sampai seminggu, terlalu jauh lagi untuk capai keserasian. Tak salah kalau buka peluang untuk perbaiki kelemahan. Paling tidak, ceraikan dengan cara yang baik, seperti mana ambil dia dahulu. Buat baik bukan kerana kita baik, tapi kerana jahat itu bukan pilihan,” ujarnya.
Soal boleh atau tidak si suami melafazkan cerai saat berjauhan dengan isteri, pihak peguam berkata boleh sekiranya suami memang ada niat untuk bercerai.
Meninjau di ruangan komen, netizen turut bersimpati dan tertanya-tanya sebab si suami sanggup menganiaya isteri seperti itu. Sesetengah netizen juga berpendapat, si suami tidak tahu soal selok-belok agama kerana bertindak sedemikian.
Berikut antara komen dari netizen:
The post Takdir Isteri Kahwin Tak Sampai Seminggu, Terima Notis Dari Mahkamah appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment