loading...

Tuesday, 8 February 2022

Minta Didoakan Sembuh, Uncle Kentang Positif Covid Tahap 4

Uncle Kentang atau nama betulnya Kuan Chee Heng, seorang aktivis terkenal di Malaysia memaklumkan dia disahkan positif Covid-19 tahap empat dan dirawat di Hospital Serdang.

Dimaklumkan, pejabatnya akan ditutup selama 4 hari tetapi hotline talian dikecualikan untuk perkhidmatan ambulans.

Perkara itu dikongsikan beliau terus menerusi satu hantaran di Facebook miliknya pada malam tadi.

“Maaf. Telepon saya akan ditutup selama tujuh hari. Positif Covid tahap 4. Sekarang di Hospital Serdang.

“Ofis akan ditutup selama empat hari awal hari ini (7 Feb 2022). Hotline Talian ditutup kecuali untuk perkhidmatan ambulans,” tulis Uncle Kentang.

Menurutnya lagi, memandangkan penularan kes Covid-19 semakin meningkat, pihaknya juga akan menambah perkhidmatan ambulans kepada dua.

“Untuk Covid-19 sila hubungi 012-2423360. Untuk ambulan biasa, hubungi 011-550521488,” katanya.

Uncle Kentang

Uncle Kentang turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dan mematuhi SOP sentiasa.

Kesihatan Uncle Kentang semakin baik

Meneruskan satu lagi hantaran berbeza, Uncle Kentang mengumumkan bahawa kesihatannya semakin baik selepas keputusan peperiksaan dikeluarkan.

Dia yang menerima rawatan di Hospital Wad 7C, Hospital Serdang turut menjelaskan tahap oksigennya meningkat kepada 97% dan kini boleh bernafas tanpa bantuan.

Bagaimanapun, dia masih demam dan batuk ringan.

Sumber foto – facebook.com

Uncle Kentang sebelum ini mengumumkan dia diserang demam dan sakit tekak dipercayai kerana terlalu penat dengan jadual padat termasuk menghantar pesakit ke hospital selain mengutip dana untuk mangsa banjir di Jelebu.

Bagaimanapun, dia kemudiannya mengumumkan bahawa dia telah diuji positif untuk Covid-19 tahap 4A dan memerlukan oksigen.

Kami mendoakan Uncle Kentang dan semua yang sedang melawan wabak maut ini semoga sembuh. Ameen!

The post Minta Didoakan Sembuh, Uncle Kentang Positif Covid Tahap 4 appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...