loading...

Monday, 14 February 2022

Gejala Makin Menjadi, Afdlin Shauki Positif Covid-19

Rate this post

Baru-baru ini, pengarah dan pelakon terkenal Malaysia Datuk Afdlin Shauki, 51 dari Johor telah berkongsi mengenai keadaan kesihatannya.

Di laman Instagram miliknya, Afdlin Shauki disahkan positif virus covid-19, dan berkongsi kisah sedih yang menimpa dirinya ketika sedang menjalani kuarantin sendiri selepas disahkan positif Covid-19 dua hari lalu dan mengalami simptom.

Dah dua hari kena and symptom makin menjadi cuma takde sesak nafas lagi”, ujar Afdlin Shauki.

Beliau turut memuat naik paparan skrin status MySejahteranya di instagram.

Dalam perkongsian tersebut juga, Afdlin Shauki memohon maaf kepada sesiapa yang menelefonnya, kerana keadaannya yang tidak beberapa sihat untuk menjawab panggilan telefon.

Rakan sepasukan beliau juga yang terdiri dari 6 orang juga telah terkena covid-19 setelah bertahan selama dua tahun.

Netizen beri kata-kata semangat dan mendoakan kesihatan

Dapat dilihat dalam hantaran tersebut, ramai netizen mengucapkan kata-kata semangat dan mendoakan agar kesihatannya semoga sembuh.

“Semoga Allah SWT menyembuhkan dari covid 19 dan permudahkan segala urusan tuan dan keluarga aamiiin.

“Salah seorang pengikut laman facebooknya iaitu Bella Qaseh turut berkongsi tips melawan athma mengikut pengalamannya melawan covid-19. ”

Kalau sukar bernafas, ambil cengkih 3 biji kunyah. Telan dengan air. Lebih cepat berkesan. Saya covid fighter with athma, stage 3″, ujar Bella Qaseh.

The post Gejala Makin Menjadi, Afdlin Shauki Positif Covid-19 appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...