loading...

Sunday, 13 February 2022

Akui Stres dan Meletihkan, Rowan Atkinson Tidak Mahu Dikaitkan Dengan Watak Mr. Bean

Rate this post

Rowan Atkinson dan watak Mr Bean sememangnya sinomim. Sebut sahaja Mr. Bean, wajah beliau pasti menjadi ingatan ramai.

Namun malangnya, Rowan Atkinson baru-baru ini menyatakan bahawa dia bertekad tidak mahu lagi membawa watak ini. Sebabnya, dah tak seronok nak melakonkan watak tersebut.

Pelawak berusia 65 tahun itu mula membawa watak Mr. Bean pada tahun 1990 dalam siri pendek berjumlah 14 episod yang menjadi salah satu watak komedi paling berpengaruh di dunia.

Memetik laporan dari Radio Times, Atkinson berkata:

“Lebih mudah bagi saya untuk membawa watak vokal daripada watak visual. Saya tidak lagi seronok untuk membawa wataknya.”

“Beban tanggungjawab yang dipikul bukan seronok. Saya semakin tertekan dan letih, dan saya tidak sabar untuk menamatkan semua ini.”

Selain sitkom, Mr. Bean juga berjaya ke ditayangkan di pawagam, dan juga siri animasi terbaru. Bercakap tentang peranannya dalam animasi. Atkinson berkata ia jelas satu tugas yang mudah, kerana tidak banyak dialog yang perlu disuarakan.

Ditanya tentang watak yang dirindui dan mahu melakonkannya semula, Atkinson berkata ianya bukan Mr. Bean tetapi Blackadder. Atkinson tidak pasti dia akan mempunyai peluang untuk membawa watak itu lagi.

Rowan Atkinson, Blackadder, 1983-1989. Sitcom dalam BBC One.

Atkinson mengesahkan dia tidak sengaja mencipta spekulasi mengenai projek baharunya yang berkaitan dengan Blackadder, sebaliknya ia hanya sekadar mengenang kisah lamanya.

Pada masa ini, Atkinson sedang mengusahakan satu siri jenaka Netflix – Man vs Bee, yang semuanya mempunyai 10 episod. Ia merupakan siri yang dihasilkan oleh produksinya sendiri iaitu HouseSitter Productions.

Dengan kenyataan terbaharu Rowan Atkinson ini, dapat disimpulkan era Mr. Bean telah berakhir.

The post Akui Stres dan Meletihkan, Rowan Atkinson Tidak Mahu Dikaitkan Dengan Watak Mr. Bean appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...