Nama Liana Rosli atau lebih kenali sebagai Kak KM dan kontroversi, seperti aur dan tebing, ada sahaja kritikan netizen terhadap usahawan sensasi itu.
Baru-baru ini, perkongsian Kak KM di Instagram menjadi perhatian umum apabila memuat naik video menyusukan anaknya yang berusia dua bulan di sebuah restoran di Kuala Lumpur.
Gara-gara menyusu di tempat awam, Kak KM dikecam dan dianggap tidak menjaga adab sebagai seorang muslimah.
Menjelaskan perkara tersebut, Kak KM berkata, dia sedang menyusukan anaknya bukan di hadapan orang ramai, sebaliknya video berkenaan tidak menunjukkan bahagian yang tidak sepatutnya.
“Kali pertama saya menyusukan anak itu, tiada sesiapa di hadapan saya. Jadi tiada siapa yang boleh dilihat. Malah dalam video yang saya muat naik itu, ia tidak menunjukkan bahagian yang tidak sepatutnya.
“Pertama sekali ketika saya menyusukan anak itu, tiada orang di depan saya. Jadi memang tiada siapa yang nampak. Dalam video yang saya muat naikpun bukannya menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya.
“Kemudian, tak kan saya nak susukan anak di dalam tandas?
“Saya bukannya tiada otak. Saya masih tahu untuk menjaga adab,” demikian memetik laman portal mStar.
Anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri itu baru sahaja menyambut kelahiran anak keempatnya pada Disember tahun lalu yang diberi nama Cinta Carrisa.
The post Muatnaik Video Susukan Anak Di Restoran, Kak KM Buka Mulut Jawap Kritikan Netizen appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment