Ibu bapa mana yang tidak sayangkan anak, jika boleh kita mahukan diri kita menjadi tauladan yang baik buat anak-anak.
Sebabnya, kelakukan dan peranan kita sebagai ibu bapa memberi kesan yang besar dalam mencorak keseluruhan kehidupan mereka.
Perkara-perkara yang ditunjukkan oleh ibu bapa kepada anak-anak seperti pertengkaran, kemarahan dan kelakuan suami terhadap isteri, ia bukan sahaja memudaratkan perkembangan mental anak-anak, malah merosakkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak.
Oleh itu, ibu bapa berperanan untuk menunjukkan teladan yang baik, memberi sepenuh kasih sayang, mendidik anak-anak dengan ilmu agar tidak bersikap negatif pada masa hadapan.
Seperti kisah ini, seorang ayah sanggup melakukan apa saja untuk kebahagiaan empat anak-anaknya. Ini mengundang sebak buat netizen yang membaca kisah perkongsian oleh seorang netizen. Jom baca perkongsian berikut ini.
Mungkin kewangan tak cukup tapi usaha apa yang ada nak bagi anak-anak happy
Semalam time kami on niaga di Jengka, datang seorang pakcik dan anak-anaknya. Dia cakap nak beli mainan untuk anak tapi duit tak cukup. Dia niaga durian. Jadi dia tanya boleh tak tukar dengan durian sebab anak dia dah lama teringin nak main dron.
Kami saling pandang. Last-last aku cakap oklah pakcik. Janji anak happy. Kira-kira semua dekat RM200+- jugaklah campur dron, kete kontrol dan mainan-mainan kecik tu sebab anak-anak dia 4 orang. Alang-alang boleh tukar pakat beli sorang satu.
Dia balik amik durian. Datang hantar. Sekali musang king.. Campur2 dengan D24. Tengok muka anak dia happy masing. Waktu kitorang ajar anak dia main dron, masing-masing keliling aku.
First time. Sekali sekala aku tenung wajah pakcik tu. Tersenyum puas dapat beli untuk anak. Mungkin kewangan tak cukup tapi apa yang ada usaha jugak nak bagi anak happy.
Jerih payah seorang ayah demi anak-anak. Tersentuh hati aku. Auto sebak tak payah pasang lagu sedih. Tapi hati aku puas dapat jugak bantu pakcik ni happy kan anak-anak dia. Tak dapat duit, dapat musang king pun alhamdulillah.
Moralnya, sayang dan hargailah ayah ibu yang membesarkan kita. Kita tak tahu apa yang telah mereka lalui untuk pastikan di mana kita hari ni.
The post Kisah Sebak, Durian Jadi Pengganti Bayar Mainan Anak appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment